Jumat, 14 Desember 2012

Jalan Makrifat - Pesanan Guru

Pembersihan Jiwa untuk mencapai makrifat.


Para Anak-anakku Sekalian,

Untuk membolehkan dirimu terbang ke alam makrifat, kamu perlu bermujahadah dengan melepaskan diri kamu dari kegelapan selubung jasad ini, kerana ia menyebabkan kamu kelam dan lupa, menyebabkan kamu menjadi lemah dan jahil. Roh kamu dimasukkan ke dalamnya ketika sempurna ciptaannya. Firman Allah SWT, “Maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan padanya Roh-Ku, maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya.”


Jasad mengandungi empat unsur iaitu api, air, tanah dan angin. Ia bersifat haiwani dengan naluri berkehendak kepada makan-minum, tidur, syahwat dan bersukaria. Pengembara rohani perlu melemahkan kurungan ini dengan mengurangkan makan, tidur serta keselesaannya. Puasa sunat adalah bagi orang awam yang menuntut pahala, puasa ahli KeTuhanan pula bertujuan untuk meleburkan pengaruh jasad pada rohani sehinga rohaninya menjadi kuat. Mereka bukannya mencari pahala tetapi mencari Tuhan. Selagi kehidupan jasad lebih kuat menguasai kehidupannya, janganlah diharap terpancar rahsia KeTuhanan kepada rohaninya. Janganlah kamu menjadi golongan yang berangan-angan, bercita-cita tinggi tetapi seorang dayus untuk berjuang dan berkorban.

Pada diri kamu juga telah dibekalkan nafsu yang menguasai dirimu dan akan menghalang dirimu untuk menuju kepada Allah, penolongnya adalah syaitan. Ulama tasauf telah membahagikan nafsu kepada tujuh martabat iaitu nafsu Ammarah ditingkat yang paling rendah dan al-Kamil pada peringkat yang tertinggi. Nafsu ammarah cenderung kepada kejahatan, ia tidak merasa apa-apa apabila melakukan kejahatan atau kebaikan.

Nafsu boleh ditingkatkan dengan zikir dan mujahadah. Berzikir tanpa bermujahadah melambatkan proses pembersihan hati, begitu juga bermujahadah tanpa berzikir juga tidak memberi kematangan pada diri kamu dalam perjalanan ini. Kesan dari zikir dan mujahadah yang bersungguh-sungguh akan membantu berlakunya peningkatan kepada kerohanian. Kamu akan merasa perubahan pada jiwa dan yang paling penting hati telah hidup dengan Allah dan jiwa kamu boleh melihat keaiban diri sendiri.

Apa yang kamu perlu lakukan sebelum berbaiah dengan guru ialah bertaubat dari segala dosa-dosa yang besar. Perjalanan ini amat menekankan penumpuan kalimah Allah kepada jantung dengan bersungguh-sungguh. Isikan setiap gerak jantung dengan kalimah Allah sehinggalah ia benar-benar meresap kepada jantung hati. Kalau pada peringkat permulaannya ia merasa payah untuk melakukan hal demikian, banyakkan zikir jihar sama ada secara berseorangan atau berjamaah. Jika tidak merasai apa-apa kesan juga, perlu meneliti dimanakah hijabnya, pandangkan dosa-dosa yang dilakukan apatah lagi yang berkaitan dengan manusia.

Diam, lapar dan banyak bersendirian amat ditekankan dipermulaan perjalanan ini. Kamu perlu mempunyai keazaman yang kuat untuk makrifat dengan-Nya. Guru hanya menunjuk jalan bagaimana kaedah yang perlu dilakukan, sedang pada dirimulah terletak segala kemahuan dan kejayaan, “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika ia mengubahnya sendiri”.Hal makrifat adalah urusan kamu dengan Tuhanmu, berdirilah dipintu-Nya dengan penuh kefakiran dan kecintaan. Hanya hati yang benar-benar kuat dengan perasaan rindu dan cinta akan dapat menerobos benteng rahsia-Nya. Firman Allah, “…Hanya dengan kekuatan kamu boleh naik ke langit”.

Bersungguh-sungguhlah dengan dengan latihan ini, walaupun pada permulaannya terasa payah, tetapi ingatlah janji Allah SWT, “Barang siapa yang bersungguh dijalan-Ku nescaya Aku tunjukan jalan bagi mereka”. Apabila datangnya pertolongan Allah, itulah natijah di mana segala kepayahan yang kamu alami selama ini akan menjadi ringan dan kamu akan merasai kenikmatan padanya. Kamu akan dibantu dalam mujahadahmu memerangi hawa nafsu, hatimu akan dicahayakan dengan kemanisan asyik dengan Asma’ Allah. Kalimah Asma’-Nya hidup dalam jantung hatimu tanpa dipaksa-paksa, ia berbunyi pada telinga batinmu dan terang pada mata rohanimu. Ketika itu tidur, makan atau berbicara dengan manusia menjadi musuhmu. Inilah yang disebut oleh hadis Nabi SAW, “Sesiapa yang mencapai kemanisan iman, ia akan meninggalkan perkara yang tiada memberi manfaat kepadanya.” Inilah permulaan untuk berlakunya perubahan yang lebih hebat.

Kuatkan lagi zikirmu, meditasi (tafakur), ibadah dan mujahadah sehingga berlakunya perubahan pada hati. Ketika itu kamu akan merasa dan melihat berlakunya perpindahan kelazatan zikirmu ke tempat yang berlainan. Ia akan hidup dalam seluruh dadamu sama ada di kanan, kiri, tengah, atas dan bawah. Ada ketikanya ia terus naik ke ubun-ubun dengan kalimah zikir yang berlainan. Hal ini berlaku disebabkan pertukaran alam rohani. Ia bukan sengaja ditukar atau dilatih begitu. Kamu akan melalui 12 maqam zikir dan muraqabah yang tersusun sehingga kamu akan mencapai pelbagai hal ehwal kerohanian yang begitu hebat dan asyik. Penyusunan perjalanan zikir itu adalah sama dengan ibarat kamu mengerjakan haji di mana kamu melalui 12 tempat. Kaabah isyarat bagi hati dan di situlah bermulanya safar (musafir) rohanimu .

Amalan kerohanian 

Pembersihan untuk mencapai hakikat Ketuhanan melalui jalan zikir, yakni latihan yang berterusan serta penumpuan.

Semoga Allah SWT memberi kamu kefahaman akan jalan yang dibawa dan menjadi orang yang benar-benar beramal dengannya. Semoga Allah sentiasa merahmati kita dan mengampuni dosa kita jika di sana adanya hawa nafsu yang tersembunyi. Tekunlah beramal dengan amalan yang dibai’ahkan. Tumpukan bersungguh-sungguh ke arah qalbu (jantung)mu dengan kalimah Allah. Hidupkan ia sentiasa, walau bagaimana sekalipun keadaan kamu dan di mana kamu berada. Jika terasa lalai, beristighfarlah dengan segera, jadikan kecintaan menyebut nama-Nya sebagai keutamaan sehingga hati kamu menjadi istiqamah dengan asma’-Nya.

Setiap asma’ yang akan terlimpah pada hatimu penuh dengan keasyikan, kamu akan rasai dzauk yang berbeza. Setiap asma’ juga mengandungi muraqabah yang tersendiri. Jadikan diri kamu benar-benar memperolehi maqam dalam kerohanian. Setiap maqam rohanimu mengandungi hal yang berbeza. Bersungguh-sungguhlah kamu mencapainya dengan sentiasa bertaubat, menjaga syariat dengan baik, menjaga makan minum dengan teliti, jaga tutur-katamu, jaga penglihatanmu, kuatkan amalan sunat, biasakan berlapar, banyakkan tadabur Al-Quran dan qiam di malam hari. Di mana saja kamu berada, rendahkan hatimu, cintailah majlis ilmu, muliakanlah ulama-ulama, para hafiz, para syeikh dan khalifah sufi yang benar, para mujahid, para pendakwah yang ikhlas, pemimpin yang baik dan orang-orang yang soleh.

Tekunlah berzikir, sebaik-baiknya kamu memperuntukkan masa yang lama untuk berzikir sama ada zikir secara jihar atau sirr. Tambahkan tempoh masa zikirmu dari semasa ke semasa, gunakan masa luangmu untuk menumpukan rohanimu pada Tuhan, biarkan ia mengembara ke Alam KeTuhanan. Kamu mesti memperuntukkan waktu untuk berkhalwat dalam sebulan sebaik-baiknya tiga hari dan sekurang-kurangnya sehari.

Pada hari-hari biasa, waktu khalwat yang baik ialah pada waktu antara Maghrib dan Isyak atau pada jam 4 pagi hingga subuh, atau selepas subuh sehingga matahari naik atau lepas solat asar. Ia mengandungi rahsia rohani jika diamalkan. Pilihlah waktu mengikuti kesesuaian dirimu. Lebih lama masa yang diperuntukkan adalah lebih baik. Bagi ahli sufikurang lima jam berzikir masih lagi dianggap bermain-main. Ia tidak akan memberi kesan yang hebat pada dirimu. Oleh itu, peruntukkan masamu dengan baik seperti mencintai khalwat kerana ia membolehkan kamu memberi tumpuan yang baik tanpa ada gangguan.

Segalanya bergantung pada diri kamu. Dalam amalan kerohanian, tiada istilah ‘orang lama’ atau ‘orang baru’. Walaupun seseorang itu baru, jika dia bersungguh-sungguh beramal dan bermujahadah, dia mampu memperolehi natijah yang hebat berbanding orang lama yang malas bermujahadah. Begitu juga, murid boleh mengatasi guru dalam kerohanian, semuanya dalam kudrat Illahi untuk melimpahkan kurniaan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Pengamalan yang bersungguh-sungguh akan melahirkan natijah pada kamu dari segi kerohanian. Jika berlaku hal-hal yang berkaitan dengan kerohanian sama ada dalam bentuk mimpi, ilham, kasyaf, pertukaran zikir atau perasaaan dzauk atau datang pengajaran dari alam ghaib, ia perlu dirujuk kepada guru. Jangan terus diamalkan arahan yang berbentuk zikir atau wirid atau pengajaran yang menerangkan rahsia KeTuhanan kerana dibimbangi ia datang dari alam tipu daya iaitu syaitan dan jin.

Setiap perubahan zikir adalah di bawah pendidikan dan pengawasan Guru. Murid jangan sesekali memindahkan maqam zikirnya sendiri kerana ia tiada memberi natijah kerana setiap perpindahan mengandungi hal ehwal tertentu dari segi dzauk dan muraqabah. Semoga Allah memberi kekuatan untuk beramal dan bermujahadah.

Pesanan dari Syeikh Tokku Ibrahim Mohamad

Posted by 

Zikir, Tafakur dan Muhasabah

ZikiruLlah (mengenang atau mengingati Allah), tafakur dan muhasabah diri merupakan amalan yang patut diamalkan oleh semua insan yang bergelar hamba Allah swt. Seseorang itu hendaklah ingat bahawa Allah Melihat dan Memerhatikam semua lakuan dan fikirannya. Manusia hanya melihat yang zahir sahaja, tetapi Allah Melihat zahir dan batinnya seseorang itu. Orang yang percaya dengan ini sebenarnya dapatlah ia menguasai dan mendisiplinkan zahir dan batinnya. Jika ia tidak percaya ini, maka KAFIRLAH ia. Jika ia percaya tetapi ia bertindak berlawanan dengan kepercayaan itu, maka salah besarlah ia.



Suatu hari, seorang Negro menemui Nabi SAW. dan berkata; "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan banyak dosa. Adakah taubatku diterima atau tidak?".Nabi SAW. menjawab; "Ya". Kemudian Negro itu berkata lagi; "Wahai Rasulullah! Setiap kali aku membuat dosa adakah Allah Melihatnya?". Nabi SAW. menjawab lagi; "Ya"


Negro itu pun menjerit lalu mati. Sehingga seseorang itu benar-benar percaya bahawa ia sentiasa dalam pemerhatian Allah, maka tidaklah mungkin baginya membuat amalan yang baik-baik.


Seorang Sheikh ada seorang murid yang lebih disayanginya daripada murid-murid yang lain. Dengan itu murid-murid yang lain itu pun berasa dengki kepada murid yang seorang itu. Suatu hati Sheikh itu memberi tiap-tiap seorang murid itu seekor ayam dan menyuruh mereka menyembelih ayam itu di tempat yang tidak ada seseorang pun melihat ia menyembelih itu. Maka pergilah mereka tiap-tiap seorang membawa seekor ayam ke tempat yang sunyi dan menyembelih ayam di situ. Kemudian membawanya kembali kepada Sheikh mereka. Semuanya membawa ayam yang telah disembelih kepada Sheikh mereka kecuali seorang iaitu murid yang lebih disayangi oleh Sheikh itu. Murid yang seorang ini tidak menyembelih ayam itu. Ia berkata; "Saya tidak menjumpai tempat yang dimaksudkan itu kerana Allah di mana-manapun Melihat". Sheikh itu pun berkata kepada murid-murid yang lain; "Sekarang sekelian telah lihat sendiri peringkat pemuda ini. Dia telah mencapai ke taraf ingat sentiasa kepada Allah".


Apabila Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusof, ia menutup dengan kain muka sebuah berhala yang selalu disimpannya. Nabi Yusof berkata kepadanya;


"Wahai Zulaikha, adakah kamu malu dengan batu? sedangkan dengan batu engkau malu, betapa aku tidak malu dengan Allah yang menjadikan tujuh petala langit dan bumi".


Ada seorang datang berjumpa dengan Junaid dan berkata; "Saya tidak dapat menghindarkan mataku daripada melihat perkara-perkara yang membawa dosa. Bagaimanakah saya hendak mengawalnya?". Junaid menjawab; "Dengan cara ingat iaitu Allah Melihat kamu lebih jelas dan terang lagi daripada kamu melihat orang lain".


Dalam hadis ada diterangkan bahawa Allah ada berfirman seperti demikian;


"Syurga itu ialah bagi mereka yang bercadang hendak membuat sesuatu dosa, dan kemudian mereka ingat bahawa Aku sentiasa Memandang mereka, lalu mereka pun menahan diri mereka".


Abdullah Ibnu Dinar meriwayatkan;


"Satu ketika saya berjalan dengan Khalifah Omar berhampiran kota Mekah.Kami bertemu dengan seorang gembala yang sedang membawa gembalaannya. Omar berkata kepada gembala itu; "Jualkan pada saya seekor kambing itu". Gembala itu menjawab; "Kambing itu bukan saya punya, tuan saya yang mempunyainya."Kemudian untuk mencubanya, Omar berkata; "Baiklah, kamu katakanlah kepada tuanmu bahawa yang seekor itu telah dibaham oleh serigala". Budak gembala itu menjawab; "Tidak, sesungguhnya tuan saya tidak tahu tetapi Allah Mengetahuinya". Mendengar jawapan budak gembala itu, bertitisanlah air mata Omar. Beliau pun pergi berjumpa dengan tuan budak gembala kambing itu lalu membelinya dan membebaskannya. Beliau berkata budak itu; "Kerana kata-katamu itu, engkau bebas dalam dunia dan akan bebas juga di akhirat kelak".


Ada dua darjat berkenaan Zikir Allah (mengenang Allah) ini. Darjat pertama ialah darjat Aulia Allah. Mereka bertafakur dan tenggelam dalam tafakur mereka dalam mengenang Keagungan dan Kemuliaan Allah. Dan tidak ada tempat langsung dalam hati mereka untuk 'gairuLlah" (selain dari Allah). Ini adalah darjat zikir Allah yang bawah, kerana apabila hati seseorang itu telah tetap dan anggotanya dikawal penuh oleh hatinya hingga mereka dapat mengawal mereka dari perkara-perkara yang halal atau yang haram, maka tidak perlulah lagi ia sebarang alat atau penahan untuk menghalang dosa. Maka kepada zikir Allah seperti inilah Nabi Muhammad (S.W.T) maksudkan apabila ia berkata,


"Orang yang bangun pagi-pagi dengan hanya Allah dalam hatinya, Allah akan memeliharanya di dunia dan di akhirat."


Setengah daripada mereka golongan ini sangat asyik dan tenggelam dalam mengenang dalam mengingati Allah hinggakan kalau ada orang bercakap kepada mereka tidaklah mereka dengar, kalau orang berjalan dihadapan mereka tidaklah mereka nampak. Mereka seolah-olah diam seperti dinding. Seseorang Wali Allah ada berkata demikian: "Suatu hari saya melintasi tempat ahli-ahli pemanah sedang bertanding memanah. Tidak berapa jauh dari situ ada seorang duduk seseorang diri. Saya pergi kepadanya dan cuba hendak berbual dengannya.Tetapi ia menjawab, "Mengenang Allah itu lebih baik dari berbual". Saya bertanya, "tidakkah kamu merasa keseorangan?". "Tidak" jawabnya, "Allah dan dua orang malaikat ada bersamaku". Saya bertanya kepada beliau sambil menunjukkan kepada pemanah-pemanah itu, "Antara mereka itu, yang manakah akan menang?" Beliau menjawab, "Yang itu, Allah telah beri kemenangan kepadanya." Kemudian saya bertanya, "dari manakah datangnya jalan ini?" Mendengar itu, ia merenung ke langit lalu berdiri dan pergi sambil berkata, "Oh Tuhan! Banyak hamba-hambamu mengganggu seseorang itu dalam mengingatimu!".


Seorang wali Allah bernama Syubli satu hari pergi berjumpa seorang sufi bernama Thauri. Beliau lihat Thauri duduk dengan berdiam diri dalam tafakkur hingga sehelai bulu romanya pun tidak bergerak. Syubili bertanya kepada Thauri, "Daripada siapa anda berlajar latihan bertafakkur dengan diam diri seperti itu?" Suri menjawab, "Daripada seekur kucing yang saya lihat menunggu di lubang tikus. Kucing itu lebih tetap dan diam lagi daripada ini."


Ibn Hanif meriwayatkan:


"Saya diberitahu bahawa di Bandar Thur ada seorang Syeikh dan muridnya sentiasa duduk dan tenggelam dalam zikir Allah. Saya pergi ke situ dan saya dapati kedua orang itu duduk dengan muka mereka menghadap ke kiblat. Saya memberi salam kepada mereka tiga kali. Tetapi mereka tidak menjawab. Saya berkata, "Dengan nama Allah saya minta tuan-tuan menjawab salamku". Pemuda itu mengangkat kepalanya dan menjawab,


"Wahai Ibn Hanif! dunia ini untuk sebentar waktu sahaja, dan yang sebentar itupun tinggal lagi sedikit sahaja. Anda mengganggu kami kerana meminta kami menjawab salammu itu".


Kemudian dia menundukkan kepalanya semula dan terus mendiamkan diri. Saya rasa lapar dan dahaga pada masa itu, tetapi dengan memandang mereka itu saya lupa pada diri saya. Saya terus bersama mereka dan sembahyang Zohor dan Asar bersama mereka. Saya minta mereka memberi nasihat kepada saya berkenaan kerohanian ini. Pemuda itu menjawab, "Wahai Ibni Hanif, kami merasa susah; kami tidak ada lidah yang memberi nasihat itu." Saya terus berdiri di situ tiga hari tiga malam. Kami tidak bercakap antara satu sama lain, dan tidak tidur. Kemudian saya berkata kepada diri saya sendiri, saya akan pohon kepada Allah supaya mereka menasihati saya." Pemuda itu mengangkat kepalanya dan berkata,


"Pergilah cari orang seperti itu, ia akan dapat membawa Allah kepada ingatan anda dan melengkapkan rasa takut kepada hatimu, dan ia akan memberi anda nasihat yang disampaikan secara diam tanpa sebarang cakap."


Demikianlah zikir Allah para Aulia iaitu melenyap dan menenggelamkan fikiran dan khayalan dalam Mengenang Allah. Zikir Mengenang Allah (ingat Allah) yang kedua ialah zikirnya "golongan kanan" iaitu yang disebut dalam Quran sebagai Ashabul Yamin. Mereka ini tahu dan kenal bahawa Allah sangat mengetahui terhadap mereka dan mereka merasa tunduk dan tawaduk di Hadirat Allah SWT tetapi tidaklah sampai mereka melenyap dan menenggelamkan fikiran dan khayalan mereka dalam mengenang Allah sahaja sehingga tidak peduli keadaan keliling mereka. Mereka sedar diri mereka dan sedar terhadap alam ini. Keadaan mereka adalah seperti seorang yang terkejut kerana didapati berkeadaan bertelanjang dan cepat-cepat menutup aurat mereka.


Golongan yang lagi satu dulu adalah seperti orang yang tiba-tiba mendapati diri mereka di majlis raja yang besar lalu ia merasa tidak tentu arah dan merasa takjub.


Golongan yang mula-mula itu memeriksa terlebih dahulu apa yang memasuki hati mereka dengan rapi sekali, kerana di hari kiamat kelak tiga soalan akan ditanya terhadap tiap-tiap lakuan. Dan tindakan yang telah dilakukan.


Pertama : "Kenapa kamu buat ini?"
Kedua : "Dengan cara apa kamu membuat ini?"
Ketiga : "Untuk tujuan apa kamu melakukan ini?"


Yang pertama itu disoal kerana seseorang itu hendaklah bertindak dari niat dan dorongan Ketuhanan dan bukan dorongan Syaitan dan hawa nafsu. Jika soalan itu dijawab dengan memuaskan hati, maka diadakan ujian kedua iaitu soalan secara mana tindakan itu dilakukan dengan bijak, dengan cuai, atau dengan cara tidak peduli apa. Yang ketiga, sama ada kelakuan dan tindakan itu kerana Allah semata-mata atau kerana hendakkan sanjungan manusia.


Jika seseorang itu memahami makna soalan-soalan ini, maka ia tentu berhati-hati sekali terhadap keadaan hatinya dan bagaimana ia melawan fikiran yang mungkin menimbulkan tindakannya. Sebenarnya memilih dan menapis fikiran dan khayalan itu sangatlah susah dan rumit. Barangsiapa yang tidak sanggup membuatnya hendaklah pergi berguru dengan orang-orang keruhanian. Mengaji dan berguru dengan mereka itu dapat mendatangkan cahaya ke dalam hati. Dia hendaklah menjauhkan diri dari orang-orang alim keduniaan kerana mereka ini adalah alat atau ujian syaitan.


Allah berfirman kepada Nabi Daud a.s.;


"Wahai Daud, janganlah bertanya kepada orang Alim yang mabuk dalam cintanya kepada dunia,kerana mereka akan merampas dari kamu perasaan Cinta terhadapKu".




Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda;


"Allah kasih kepada orang yang tajam matanya terhadap perkara-perkara yang menimbulkan syak-wasangka dan tidak membiarkan akalnya diganggui oleh serangan hawa nafsu".


Akal dan pilihan sangat berkait rapat, dan orang yang akalnya tidak menguasai hawa nafsu tidak akan dapat memilih yang baik dari yang jahat.


Di samping membuat pilihan dan berhati-hati sebelum bertindak, maka seseorang itu hendaklah menghitung dan menyedari apa yang telah dilakukannya dahulu. Tiap-tiap malam periksalah hati itu dan lihatlah apa yang telah dilakukan dan sama ada telah untung atau rugi dalam perniagaan keruhaniaan ini. Ini adalah penting kerana hati itu ibarat rakan perniagaan yang jahat yang sentiasa hendak menipu dan mengilat. Kadang-kadang ia menunjukkan diri jahatnya itu. Sebaliknya topeng taat kepada Allah, agar manusia menganggap ia telah beruntung tetapi sebenarnya ia telah rugi.


Seorang Wali Allah bernama Amiya yang berumur 60 tahun telah mengira berapa hari umurnya. Maka didapati umurnya ialah selama 21,600 hari semua sekali. Beliau berkata kepada dirinya sendiri;


"Aduhai! jika saya telah melakukan satu dosa sehari, bagaimana saya hendak lari dari beban 21, 600 dosa?".


Beliau menjerit dan terus rebah. Apabila orang datang hendak mengangkatkannya, mereka telah dapati beliau telah meninggal dunia. Tetapi malang, kebanyakan orang telah lupa. Mereka tidak memperhitung diri mereka sendiri. Jika tiap-tiap satu dosa itu diibaratkan sebiji batu, maka penuhlah sebuah rumah dengan batu itu. Jika malaikat Kiraman Kaatibin meminta gaji kerana menulis dosa yang seseorang itu telah lakukan, maka tentulah habis wangnya bahkan tidak cukup untuk membayar gaji mereka itu. Orang berpuas hati membilang biji tasbih sambil berzikir nama Allah, tetapi mereka tidak ada biji tasbih untuk mengira berapa banyak percakapan sia-sia yang telah diucapkannya. Oleh kerana itulah, Khalifah Omar berkata;


"Timbanglah perkataan dan perbuatanmu sekarang sebelum ia dipertimbangkan di akhirat kelak".


Beliau sendiri sebelum pergi tidur malam hari memukul kakinya dengan comtar sambil berkata;
"Apa yang telah engkau buat hari ini?".


Suatu hari Thalhah sedang sembahyang di bawah pohon-pohon kurma dan terpandang olehnya seekor burung yang jinak berterbangan di situ. Kerana memandang burung itu beliau terlupa berapa kalikah beliau sujud. Untuk menghukum dirinya kerana kelalaian itu, beliau pun memberi pohon-pohon khurma itu kepada orang lain.


Aulia Allah mengetahui hawa nafsu mereka itu selalu membawa kepada kesesatan. Oleh itu mereka berhati-hati benar dan menghukum diri mereka setiap kali mereka telah terlanggar batas.


Jika seseorang itu mendapati diri mereka telah terjauh dan menyeleweng dari sifat zuhud dan disiplin diri, maka sepatutnya beliau belajar dan meminta nasihat dari orang yang pakar dalam latihan keruhanian, supaya hati lebih bersemangat kepada sifat zuhud, disiplin diri dan akhlak yang suci itu.


Seorang Wali Allah pernah berkata,


"Apabila saya berasa merosot dalam disiplin diri, saya akan melihat Muhammad bin AbuWasi, dan melihat beliau itu bersemangatlah hatiku sekurang-kurangnya seminggu".


Jika seseorang itu tidak dapat seseorang yang zuhud di sekitarnya, maka eloklah mengkaji riwayat Aulia Allah. Elok juga ia menasihat jiwanya seperti demikian;


"Wahai jiwaku! engkau fikir diri kau cerdik pandai dan engkau marah jika disebut bodoh. apakah engkau ini? Engkau sediakan kain baju untuk melindungi sejuk tetapi tidak bersedia untuk kembali ke akhirat.


Keadaanmu adalah seperti orang dalam musim sejuk berkata;


"Aku tidak pakai pakaian panas, cukuplah aku bertawakkal kepada Allah untuk melindungi aku dari sejuk".


Dia telah lupa bahawa Allah di samping menjadikan sejuk itu ada juga memberi petunjuk kepada manusia bagaimana membuat pakaian untuk mengelakkan dari sejuk dan dingin; dan disediakan alat dan bahan-bahan untuk membuat pakaian itu. Ingatlah jiwa! hukuman kepadamu di akhirat kelak bukanlah kerana Allah murka kerana tidak patuhmu; dan janganlah berkata;


"Bagaimana pula dosaku boleh menyakiti Allah?


Adakah hawa nafsumu sendiri yang menyalakan api neraka di dalam dirimu sendiri; seperti orang yang memakan makanan yang membawa penyakit. Penyakit itu terjadi dalam badan manusia, dan bukan kerana doktor marah kepadanya kerana tidak mematuhi perintahnya.


"Tidak malukah kamu wahai jiwa! kerana kamu sangat cenderung kepada dunia!!!. Jika kamu tidak percaya dengan Syurga dan Neraka, maka sekurang-kurangnya percayalah kepada mati yang akan merampas dari kamu semua keseronokkan kedunian dan membuat kamu merasa kepayahan berpisah dari dunia ini. emakin kuat perkaitanmu kepada dunia, maka semakin pedihlah yang kamu rasai


Apakah dunia ini bagimu? Jika seluruh dunia ini dari Timur ke Barat kepunyaanmu dan menyembahmu, namun itu tidaklah lama. Akan semuanya hancur jadi abu bersama dirimu sendiri dan namamu makin lama makin dilupakan; seperti Raja-raja yang dahulu sebelum kamu. Setelah kamu melihat bagaimana kecil dan kerdilnya kamu di dunia ini, maka kenapa kamu beriya-ya benar dan bergila-gila benar menjual keseronokan dan kebahagiaan yang abadi dan memilih kebahagian yang sementara seperti menjual intan berlian yang mahal untuk mendapatkan kaca yang tidak berharga, dan menjadikan kamu bahan ketawa orang lain?"


wallau'alam


Posted by 

Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu


Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri sama ada diri yang zahir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa.

Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
“Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku.” 
(Al-Isra’ : 85)
Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang ‘Ariffin dengan namaLathifatul Rabaaniyah.

Walau bagaimanapun, Imam al-Ghazali telah berjaya menghampirkan faham kepada makna dan rahsia ruh ini mengikut tingkat tertinggi kemampuan manusia dalam sebuah kitabnya yang bernama “Risalatul li-Duniyyah”. Ikutilah kajian dan huraian yang dibuat secara ilmiah pada tajuk ini iaitu “Keistimewaan Ruh Insani” atau ikuti keseluruhan perbincangan tentang Ilmu Laduni yang diperolehi melalui ruh ini.

Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu pada hakikatnya adalah satu makna bahkan bersalahan pada mafhum maknanya jua. Maka Rasulullah membuat bandingan akan Qalbu sebagai raja yang memerintah yang ditaati oleh anggota-anggota lahir seperti sabdanya :
“Sesungguhnya dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggotanya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah itu adalah Qalbu.” (Bukhari & Muslim)
Qalbu dibaratkan pemerintah atau raja yang ditaati oleh segala rakyat. Jika pemerintah atau raja itu baik, maka baiklah sekalian rakyatnya. Yakni hati apabila disucikan atau dibersihkan daripada karat-karat dosa dan maksiat dengan diasuh dan dididik mengikut jalan tariqat Sufiah dengan sentiasa bermujahadah, maka akan timbul pada hati itu sinaran cahaya Nur yang dipertaruhkan oleh Allah kepadanya. Inilah maksud Imam al-Ghazali dengan katanya :
“Adalah hati itu makbul disisi Allah Taala; Jika sejahtera ia daripada barang yang lain daripada Allah.”
Ini adalah diisyaratkan kepada hati yang bersih yang mempunyai pancaran Nur. Maka hasil atas segala anggota yang zahir daripada ibadat atau lain daripada segala sifat-sifat mahmudah. Sebaliknya jika hati itu dibiar yakni mengikut hawa nafsu dan sentiasa membuat derhaka dan maksiat, maka hati itu terhijab daripada Nur dan terdinding dengan sebab karat dosa. Inilah maksud kata Imam al-Ghazali dengan katanya
“Dan adalah hati itu terdinding daripada Allah Taala jadilah ia karam dengan lain daripada Allah Taala, maka kejahatan dan celaka itu pun zahir atas segala anggota sebab mesra daripada karat hati yang Zulumah.”


Maka dengan sebab itulah bersungguh-sungguhlah wahai saudaraku, mengikuti jalan para ‘ArifbiLlah kerana :

~ Tiada mengetahui kebaikan hati dan kejahatannya selagi tidak merasai “Zauk” kemanisan ibadat yang warid (dikurniakan oleh Allah) daripada hasil zikir dan ;
~ Tiada boleh membeza antara yang hak dengan yang batil (makna sebenar hakikat makrifat disisi Ahli Muhaqqiqin) selagi belum dapat Ilham hasil daripada-Nya dan ;
~ Jauh sekali dari mengenal Tuhannya sebelum dapat Tajalli dan Kasyaf yang hasil daripada-Nya.

Dan tak dapat tidak, awal-awal mereka yang hendak mengenal Tuhannya dengan jalan ‘zauk’dan Wujdan perlu mengenali dirinya dahulu, seperti bahawa :
~ apabila mengenal dirinya bersifat dengan lemah nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan Kuasa dan;
~ apabila mengenal dirinya bersifat dengan papa nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan Kaya dan;
~ apabila mengenal dirinya bersifat dengan sifat fana nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan Baqa dan;
~ apabila mengenal dirinya bersifat dengan baru nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan Qadim.

Posted by 

Kenali Pecahan Sifat 20

Mari sama-sama kita pelajari ilmu tauhid sifat 20 yang dipegang oleh Imam Abu Hassan al-Asya’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (Ahli sunnah wal jamaah) agar kita mempunyai asas mengenali Tuhan yang kita sembah dan taati.


Takrifan:

1. Sifat Nafsiah – diri zat Allah swt, wujudNya tidak disebabkan oleh sesuatu sebab

2. Sifat Salbiah – menafikan perkara-perkara yang tidak layak bagi Zat Allah swt atau hujah-hujah sifat yang membesarkan kelebihan zat yang Maha Agung itu daripada sekalian yang baharu

3. Sifat Ma’ani – sifat yang berdiri pada zat Allah swt, yakni sifat khusus yang dimiliki oleh Allah swt dan lazim melazimi pula ia dengan sifat ma’anawiyah

4. Sifat Ma’anawiyah – zat yang disebabkan suatu sebab akan wujudnya, yakni kelakuan zat atau fungsi zat yang mempunyai sifat ma’ani atau kelakuan sifat ma’ani yang digerakkan oleh zatNya.


Takrifan:

ISTAGHNA
 – Sifat KEKAYAAN Allah swt

IFTIQAR - Sifat berhajat, berkehendak sekalian makhluk kepada Allah swt

Berjuang dan bermujahadahlah kita agar hati kita dibuka pintu makrifat kepada Allah swt dari segi Zat, Sifat, Afa'al dan Asma'-Nya. Sekurang-kurangnya makrifat afa'alnya agar amal ibadat dan amal kebaikan yang kita lakukan tiada "syirik khafi" (yang tersembunyi) yang kesannya ialah amalan itu umpama debu-debu yang berterbangan yang mana tidak bernilai sedikit pun di sisi Allah swt. Fakir dan berhajatnya kita dengan Allah swt dan Maha Kaya dan Hebatnya Allah swt......Astaghfirullahalazim.....laahaulawalaquwwataillabillah.....(sumber Artikel)

Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa


Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran
Tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan
Belajar ilmu yang disebut dan lain-lain ilmu tidak terasa bertuhan
Perkara biasa di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu secular
Langsung tidak percaya adanya
Tuhan yang Maha Esa

Tapi yang lebih aneh
Orang yang belajar ilmu ketuhanan
hingga jadi ulama, tidak rasa bertuhan
Bahkan pakar ilmu Tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan

Kerana belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu
Akalnya percaya adanya Tuhan
Jiwanya tidak terasa bertuhan

Disegi ilmu, pakar dengan Tuhan
Disegi jiwa, kosong dari Tuhan
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan tidak berlaku atau tiada

Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian
Apabila mendapat ujian
Dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan
atau tidak merujuk kepada Tuhan

Akibatnya jiwanya menderita
Menerima ujian itu dia tidak tahan
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan
kehidupannya tidak mempedulikan masyarakat
Sekalipun boleh memperkatakan AL-Quran
Atas alas an ilmu semata-mata

Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa
Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa
Orang yang percaya Tuhan, hidup macam tidak bertuhan
Orang ‘terasa’ bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan
sekalipun ilmunya kurang

Mereka yang rasa bertuhan menghormati syariat Tuhan
Kerana rasa bertuhan itu
Lantaran itulah rasa bertuhan
Kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan.

Hirarki kekuasaan di alam semesta

Ada enam jenis kekuasaan di alam semesta. Kekuatan daya meningkat dengan daya yang lebih halus. Mari kita periksa masing-masing dari jenis kekuasaan.

1. Fisik: Ini adalah yang terendah dalam hirarki kekuasaan di alam semesta seperti yang juga yang paling lemah. Ini termasuk kekuasaan dalam hal-hal seperti:

Obat untuk menyembuhkan penyakit - misalnya antibiotik untuk membunuh kuman



Senjata fisik yang digunakan untuk membunuh

Daya keuangan

Politik kekuasaan

Ini adalah kekuatan fisik yang orang biasa telah di pembuangan.

Keterbatasan dari kekuatan ini adalah bahwa hal itu dapat bertindak hanya pada tingkat fisik. Sebagai contoh, jika seseorang tidak dapat melihat orang atau target, maka senjata fisik tidak akan dapat menemukan targetnya.

2. Fisik dan wirid (doa): Ketika kita menggabungkan kekuatan halus dengan kekuatan fisik maka hasilnya jauh lebih efektif. Pada zaman kuno, ketika ditembak panah dari busur, doa juga diucapkan. Karena doa, nama musuh akan bisa direkam dan panah akan menemukan target bahkan jika target adalah hantu halus bersembunyi di daerah neraka . Hal ini karena energi halus, yang disertai panah. Ini adalah prinsip yang sama diterapkan pada persiapan Ayurvedic obat-obatan, obat-obatan disiapkan saat mengucapkan doa. Demikian pula, ketika mengusir roh yang bertanggung jawab untuk memiliki, barang-barang seperti gram hitam, kapur, jarum dll digunakan bersama dengan iringan wirid. Namun demikian, pada waktu, meskipun baik dari fisik dan wirid halus yang hadir, seseorang tidak mencapai sukses lengkap. Pada saat seperti itu, berarti lebih halus harus digunakan sebagai diberikan di bawah ini.

. 3  hanya wirid : Dengan menggunakan wirid yang lebih kuat, musuh dapat dikalahkan hanya dengan wirid saja juga digunakan untuk mencapai tujuan-tujuan duniawi lainnya seperti perkawinan, kekayaan dll



4. menghubungi: Pada tingkat yang lebih tinggi kita memiliki hubungan. Ini berarti bahwa jika orang yang sangat rohani berkembang (di atas tingkat spiritual dari 70%) menyentuh sesuatu, barang yang akan mampu memiliki kekuatan untuk mengalahkan hantu (setan, setan, energi negatif, dll) . Namun, kontak dalam konteks ini tidak terbatas hanya untuk disentuh. Seseorang akan diuntungkan ketika datang ke dalam kontak dengan orang rohani berkembang dalam salah satu dari cara berikut. Mereka adalah ketika seseorang rohani berkembang:

· Mengingat Anda.

· Cek segala hal yang telah dilakukan oleh Anda.

· Apakah informasi tentang situasi atau masalah yang Anda sedang menjalani.

· Berbicara di telepon Anda.

5. Resolve: Setelah kesucian dicapai pada tingkat spiritual dari 70%, pikiran terlarut dan intelek baik dalam perjalanan untuk menjadi terlarut dan memiliki akses ke Universal Mind. Sebagai Suci berlangsung spiritual melebihi tingkat spiritual 80%, pikiran-Nya pergi menuju keadaan berpikir. Pada titik ini pikiran hanya seperti 'mungkin itu terjadi' dalam pikiran orang berevolusi cukup untuk terjadinya peristiwa tersebut. Tidak ada lagi diperlukan. Menyelesaikan ini hanya digunakan sesuai dengan Kehendak Allah swt

6. Pada tingkat tertinggi, orang yang berevolusi (di atas tingkat spiritual dari 90%) bahkan tidak perlu untuk membuat menyelesaikan. Kehadiran, kedekatan atau perusahaan dari orang spiritual berevolusi cukup untuk sebuah event terjadi, seperti kemajuan spiritual seorang murid atau penghapusan hantu (setan, setan, energi negatif, dll). Hal ini dapat dipahami dengan contoh Matahari yang membangkitkan semua orang dan membuat bunga mekar dll ketika naik. Semua ini terjadi hanya dengan keberadaannya. Matahari tidak meminta siapa pun untuk bangun atau bunga mekar. wali dari tingkat spiritual yang di atas 90% melakukan misi mereka dengan cara ini.(sumber)

komposisi Manusia

Pada artikel ini kita menjelaskan komposisi tubuh manusia dan berbagai badan halus (rohani). Ilmu pengetahuan modern telah secara mendalam ke dalam pemahaman tubuh fisik. Namun pemahamannya tentang aspek-aspek lain eksistensi manusia masih sangat terbatas. Misalnya pemahaman tentang jiwa manusia dan intelek masih lebih atau kurang terbatas pada aspek fisik mereka. Namun ilmu spiritual telah mempelajari seluruh eksistensi manusia dengan sangat rinci.
Seseorang yang hidup terdiri dari badan-badan berikut. Tubuh Fisik Badan Energi Vital Badan Mental Badan atau tubuh kausal Akal Ego Halus atau badan Supracausal Jiwa atau Prinsip Allah swt dalam setiap dari kita Pada bagian berikutnya kita akan menjelaskan berbagai badan lebih terinci. Tubuh Fisik Ini adalah badan yang terbaik dikenal untuk ilmu pengetahuan modern. Ini terdiri dari kerangka tulang, otot, jaringan, organ, darah, organ-organ indera 5, dll Badan Energi Vital Ini adalah badan juga dikenal sebagai Praandeha tersebut. Badan ini menyediakan, mempertahankan energi kehidupan vital untuk semua fungsi fisik maupun tubuh mental. Ada lima jenis energi vital atau praana: Praana: Energi untuk kegiatan inhalasi. Udaana: Energi untuk aktivitas pernafasan dan pidato. Samaana: Energi untuk kegiatan perut dan usus. Vyaana: Energi untuk gerakan sukarela dan tidak sukarela dari tubuh. Apaana: Energi untuk buang air kecil, ejakulasi ekskresi,, melahirkan, dll Pada saat kematian energi vital dilepaskan kembali ke alam semesta dan juga membantu dalam mendorong tubuh halus dalam perjalanan selanjutnya nya. Badan mental atau Pikiran Badan Mental (Manodeha) atau Pikiran adalah kursi, semua emosi perasaan dan keinginan. . Hal ini terdiri dari tiga bagian: Pikiran sadar: Ini adalah bagian dari pikiran dan perasaan kita bahwa kita sadar. Pikiran sub-sadar: Ini berisi semua tayangan yang diperlukan untuk menyelesaikan nasib kita dalam hidup kita saat ini. Pikiran dari pikiran sub-sadar kadang-kadang muncul ke dalam pikiran sadar dari waktu ke waktu baik dalam menanggapi beberapa rangsangan eksternal atau pada waktu bahkan tanpa itu. Misalnya selama satu hari satu mendapat pikiran acak dan tidak terkait tentang beberapa kejadian yang samar-samar di masa kecil seseorang. Pikiran bawah sadar: Ini adalah aspek dari pikiran kita bahwa kita benar-benar menyadari. Ini berisi semua tayangan yang berkaitan dengan semua akun akumulasi. Pikiran sub-sadar pikiran dan bawah sadar bersama-sama dikenal sebagai chitta tersebut. Kadang-kadang kita juga merujuk pada suatu aspek dari Tubuh Jiwa sebagai Tubuh Hasrat atau . Ini adalah aspek pikiran yang berisi semua tayangan keinginan. Silakan lihat artikel di ' Mengapa kita melakukan hal-hal yang kita lakukan "serta tutorial e- dari nama yang sama untuk memahami struktur fungsional dari pikiran. Organ fisik yang terkait dengan Badan Mental otak. Akal Tubuh kausal atau Badan Akal adalah tubuh yang berkaitan dengan proses pengambilan keputusan dan kemampuan penalaran. Organ fisik yang terkait dengan Badan Akal adalah otak. Ego Halus Ego Halus atau Badan Supracausal adalah sisa-sisa akhir dari ketidaktahuan dan perasaan bahwa kita terpisah dari Allah swt. Jiwa Jiwa adalah prinsip Allah dalam diri kita dan adalah sifat sejati kita. Ini adalah komponen utama dari tubuh halus (ruhani) yang merupakan sebagian kecil dari Prinsip Tuhan yang Maha Kuasa dengan sifat Kebenaran Mutlak , Kesadaran Mutlak dan Malcolm . Jiwa tidak dipengaruhi oleh pasang surut dalam hidup dan dalam keadaan terus-menerus Bliss. Ini terlihat pada naik turunnya kehidupan di Maya atau Ilusi Agung dengan sikap pengamat. Jiwa adalah di luar 3 komponen dasar yang halus, namun sisa kesadaran kita seperti Tubuh Fisik dan Mental Tubuh terdiri dari hal itu. Tubuh Halus Tubuh Halus didefinisikan sebagai bagian dari keberadaan kita atau kesadaran bahwa daun Tubuh Fisik kita pada saat kematian fisik. Ini terdiri dari Tubuh Mental, Tubuh kausal atau Akal, Badan Supracausal atau Ego Halus dan Soul. Apa yang tertinggal pada saat kematian fisik adalah Tubuh fisik kita. Energi Vital dilepaskan kembali ke Semesta. Berikut ini adalah beberapa aspek lain dari tubuh halus Halus akal organ: organ-organ indera Dengan halus, kita berarti aspek halus dari 5 organ indra kita yang dengannya kita mampu melihat alam halus. Misalnya kita dapat merasakan aroma seperti melati yang halus tanpa mereka sedang ada stimulus untuk menyebabkan itu. Juga wewangian hanya dapat dialami oleh satu orang dan bukan oleh yang lain di ruang yang sama. Organ motorik halus: Dengan organ motorik halus, kita berarti aspek halus dari organ-organ fisik kita motorik seperti tangan kita, lidah,dll kegiatan Semua dimulai pertama dalam organ motorik halus dan kemudian dieksekusi dalam dimensi fisik dengan organ motorik kasar seseorang. Ketidaktahuan Semua aspek lain dari keberadaan kita selain Jiwa adalah bagian dari Maya atau ilusi Besar. Hal ini disebut ketidaktahuan yang bila diterjemahkan secara harfiah berarti tidak adanya pengetahuan. Para ketidaktahuan berasal dari kenyataan bahwa kita mengidentifikasi diri kita dengan fisik pikiran kita, tubuh dan intelek dan bukan dengan sifat sejati kita yang merupakan Jiwa atau prinsip Allah swt dalam diri kita. Ketidaktahuan adalah akar penyebab ketidakbahagiaan. Manusia akan melekat pada uang, memiliki rumah, keluarga, kota, negara, dll lebih besar lampiran untuk setiap individu atau objek, lebih besar kemungkinan timbul ketidakbahagiaan dari keterikatan. Bahkan seorang pekerja sosial yang ideal atau syeikh dapat menjadi melekat pada masyarakat atau pengikutnya masing-masing. Lampiran terbesar yang masing-masing memiliki adalah untuk dirinya sendiri, yaitu pikiran dan tubuhnya. Bahkan sedikit ketidaknyamanan atau penyakit dapat membuat tidak bahagia; maka setiap orang harus secara bertahap terlepas tentang diri sendiri dan menerima rasa sakit dan penyakit seseorang dengan tenang . Hal ini tentu saja dengan pengertian yang melekat bahwa kebahagiaan dan ketidakbahagiaan dalam hidup yang dialami terutama karena takdir kita. Juga bahwa hanya dengan mengidentifikasi dengan Jiwa kita dapat mengalami kebahagiaan abadi. Jiwa dan ketidaktahuan bersama-sama merupakan jelmaan jiwa. Ketidaktahuan untuk orang yang hidup memiliki dua puluh komponen dalam semua - Tubuh Fisik, lima organ indra halus, lima organ motorik halus, lima energi vital, pikiran sadar, chitta tersebut, Akal dan ego. Karena fungsi komponen tubuh halus pergi terus menerus, perhatian jiwa yang terwujud ditarik kepada mereka bukan jiwa, yang jauh dari pengetahuan spiritual .

Sumber. komposisi Manusia