Tampilkan postingan dengan label Thoriqot. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Thoriqot. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Desember 2012

Kepentingan Ilmu Tasawwuf

Pengenalan tentang Tuhan diatas landasan ilmu semata-mata belum menjamin keselamatan (dalam) kesempurnaan makrifat. Ia bagaikan pengenalan tentang Kaabah tetapi diri belum sampai kepada Kaabah yang sebenarnya. Apa yang ada ditangan hanya maklumat dan gambar bukannya hakikatnya. Bicara KeTuhanan tidak boleh hanya pada lisan dan akal. Demi untuk keselamatan akhirat, seharusnya kita terjun dan menyelami lautan KeTuhanan yang dalam melalui jalan para ahli sufi, jalan ahli tasawuf.



Berkata Imam al-Ghazali :
“Aku menyeberangi lautan fekah, aku sampai ke seberang, aku menyelami lautan tauhid, aku sampai ke seberang, aku menyeberangi lautan falsafah, aku sampai ke seberangnya, (tetapi) apabila aku menyeberangi lautan tasawuf, aku tenggelam dalam lautannya tanpa penghujung. 

Sesungguhnya kepentingan mendalami lautan tauhid melalui jalan tasawuf amatlah ditekan oleh para ulama yang telah mengecapi hasilnya.



Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW : “
Wahai Rasululah, apakah amal yang lebih afdhal?”
Rasulullah SAW menjawab : ”
Mengenal Allah azza Wa Jalla…”.
Mereka bertanya lagi : “
Apakah segala amal yang lebih pahalanya…?”
Rasulullah SAW menjawab : ”
Mengenal Allah Azza Wa Jalla…”.
Sahabat tersebut bertanya lagi : ”
Ya Rasulullah, kami bertanya tentang amal, mengapa tuan menjawab dengan ilmu…?” 
Rasululah SAW bersabda : ”
Bahawa sedikit amal dengan mengenal Allah adalah lebih baik daripada banyak amal tetapi tidak mengenal Allah. Kerana amal yang seperti itu tidak bermanfaat”.

Imam al-Ghazali menyatakan dalam kitab beliau ‘Jawahir al-Quran’ : “
Bahawasanya ilmu tariqah dan suluk yang dinamakan dengan ilmu tasawuf itu adalah lebih tinggi dan lebih mulia daripada ilmu fiqh dan ilmu kalam, dan yang lebih tinggi daripada semuanya itu adalah ilmu makrifat yang dinamakan juga ilmu hakikat”.

Ilmu tariqah dan suluk itu adalah jalan bagi mengetahui ilmu hakikat, yang dinamakan dengan “ilm al-Nafi’, yakni ilmu yang memberi manfaat di akhirat kelak. Selain itu juga dinamakan dengan ilmu tasawuf sebagaimana yang akan dihuraikan kelak pada bahagian lain dalam kitab ini.

Al-‘Arif Billah al-Sayid ‘Abd Allah ibn ‘Alawi al-Haddad, di dalam kitab beliau yang berjudul ‘Kitab al-Ilmiah wa Usul al-Hikmah’, menyatakan sebagai berikut :
“Kemudian daripada itu, apabila engkau tilik kepada karangan Aimmat al-Din, yakni ulama ahli tasawuf daripada segala kitab yang memberi manfaat pada agama dia akhirat kelak, nescaya tiada engkau lihat sebuah kitab pun yang lebih menghimpunkan sebagai ilmu yang memberi manfaat itu daripada segala kitab yang ditulis oleh Imam al-Ghazali, seperti ‘Ihya ‘Ulum al-Din’, ‘Arba’in al-Ushul’, ‘Minhaj al-‘Abidin’, ‘Bidayat al-Hidayah’.”

“Semua kitab ini telah dikenal oleh orang-orang al-Haqq dan al-Inshaf, yakni orang yang adil dan mempunyai mata hati di dalam agama, tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang dungu lagi jahil, atau orang yang tergolong kepada ulama zahir yang telah memperdayakan dirinya dan lalai daripada kembali kepada jalan kebenaran. Mudah-mudahan Allah Taala memberi ilham akan kami dengan petunjukNya dan memelihara kami daripada kejahatan diri kami sendiri dan kejahatan amal kami. Sesungguhnya tiada daya menjauhi maksiat dan tiada upaya melakukan ketaatan melainkan dengan pertolongan Allah Taala”.

Syaikh Ibn ‘Ibad menukilkan di dalam kitab beliau Syarah Hikam daripada Ibn ‘Athaillah, katanya :
Ketahuilah olehmu, bahawasanya yang dimaksudkan dengan kelebihan ilmu yang dinyatakan secara berulang-ulang di dalam al-Quran dan As-Sunnah ialah ilmu yang memberi manfaat yang disertai dengan perasaan takut kepada Allah, serta dilengkapi dengan kegerunan kepada Allah dan firmanNya. Adapun yang takut kepada Allah itu hanyalah dari kalangan ulama, takut itu melazimkan akan ilmu”.

Dalam kitab Sirras Salikin disebut :
 “Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu itu sebagaimana yang diutarakan di atas, yakni ilmu yang tersebut di dalam al-Quran dan As-Sunnah ialah ilmu yang memberi manfaat pada agama akhirat kelak, ilmu-ilmu tersebut telah dinukilkan oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab-kitab beliau seperti Minhajul ‘Abidin dan lain-lainnya. Demikian juga segala ilmu tasawuf itu adalah ilmu yang memberi manfaat di dunia dan akhirat kerana ilmu tasawuf sekarang terhimpun di dalam ilmu usuluddin, ilmu fiqh dan ilmu tariqah sebagaimana yang tersebut di dalam kitab ini dan kitab mukhtashar ihya’ ulum al-Din dan lain-lainnya daripada beberapa kitab ilmu tasawuf yang memperkatakan ilmu suluk dan ilmu tariqah.”

Oleh yang demikian, al-Sayid Syaikh Abu al-Hassan al- Syadzili mengatakan :
“Barangsiapa yang tiada masuk dan mengetahui akan ilmu ini, yakni ilmu tasawuf nescaya ia mati dalam keadaan mengekalkan dosa-dosa tanpa diketahuinya”.

Sehubungan dengan itu, Syaikh Ibn ‘Ibad menyatakan di dalam kitab beliau Syarah Hikam sebagai tersebut :
“Dan segala ilmu ini, yakni ilmu tasawuf, sepatutnya manusia meleburkan diri di dalam menuntutnya sepanjang usianya, dan janganlah ia memadai dengan banyak atau sedikitnya. Manakala ilmu yang lain daripada ilmu tasawuf, adakalanya tidak diperlukan di dalam kehidupan dan adakalanya ia memberi mudharat kepada orang yang memilikinya, jika ia berterusan mendalami ilmu itu. Rasulullah SAW telah bermohon kepada Allah agar dijauhkan daripada ilmu yang tidak bermanfaat, baginda bersabda : ‘Kami berlindung kepada Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat’.”

Selanjutnya Syaikh Ibnu ‘Ibad mengatakan :
“Ketahuilah olehmu, bahawasanya telah termaktub dengan banyaknya di dalam al-Quran dan As-Sunnah yang menyatakan kelebihan ilmu dan ulama dengan tidak terhingga. Dan tidaklah diharapkan kelebihan yang demikian itu melainkan oleh orang-orang yang lurus niatnya. Dan tiada lain tujuannya menuntut ilmu selain daripada semata-mata mengharapkan keredhaan Ilahi, dan untuk mengamalkannya dan kerana hendak keluar daripada kejahilan kepada cahaya. Inilah yang dikatakan sebagai niat yang lurus, yang akan diberi penilaian oleh Allah di akhirat kelak dan memperolehi faedahnya di dunia dalam melakukan ibadah. Maksudnya disegerakan faedah ilmu di dunia dengan berbuat ibadah dan ditangguhkan faedahnya pada hari akhirat kelak dengan beberapa pahala”.

Demikian juga segala kitab Ilmu Tasawuf yang tertera di dalamnya adalah ilmu yang memberi manfaat, kerana dalam kitab tasawuf itu telah terkandung ilmu usuluddin dan ilmu fiqh yang fardhu ‘ain, yang perlu diketahui oleh orang yang suluk, yakni orang yang menjalani jalan akhirat yang menyampaikan ke dalam syurga dan meyampaikan kepada makrifat akan Allah dengan mengetahui sebenar-benarnya perkara yang mendatangkan perasaan takut kepada Allah.

Oleh yang demikian, Imam Malik rahimahuLlah pernah berkata :
“Barangsiapa yang menuntut ilmu tasawuf dan tiada mengetahui ilmu fiqh yang fardhu ‘ain, maka sesungguhnya jadi zindiqlah dia, dan barangsiapa yang menuntut ilmu fiqh tapi dia tidak menuntut ilmu tasawuf, maka sesungguhnya jadi fasiqlah dia dan barang siapa yang menghimpunkan kedua-duanya maka jadilah dia ulama yang muhaqqiq yang mengenal Allah, dan merekalah yang bernama ulama sufi yang menghimpunkan antara syariat, tariqah dan hakikat.”

Adapun segala kitab Imam al-Ghazali yang dinukilkan di atas, telah terhimpun di dalamnya ilmu usuluddin (I’tiqad) dan ilmu fiqah (ibadat) serta adat. Selanjutnya ilmu tasawuf itu dinamakan dengan ilmu batin yang keseluruhannya dinamakan dengan ilmu suluk dan ilmu tariqah seperti yang akan dihuraikan pada bahagian lain di dalam kitab ini. Insya Allah. Itulah yang dinamakan ilmu yang memberi manfaat di alam akhirat kelak. Ia juga dinamakan dengan ilmu taqwa yakni suatu ilmu yang diperintahkan oleh Allah untuk menuntutnya, untuk dijadikan bekalan menuju akhirat sebagaimana firmanNya yang berbunyi :
“Dan hendaklah kamu mencari perbekalan, maka sesungguhnya perbekalan yang paling baik adalah taqwa”. (Al-Baqarah : 107)

Seseorang itu tidak akan pernah takut kepada Allah melainkan dengan mengetahui segala ilmu, sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran bahawa Allah Taala berfirman :
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah itu dari kalangan hambaNya ialah para ulama”. (Faathir : 28)

Adapun yang dimaksudkan dengan ulama itu ialah ulama yang menjalani jalan tasawuf sebagaimana yang dinyatakan oleh Syaikh ‘Ibad sebelum ini.

Adapun ilmu yang menghimpunkan segala cabang ilmu Islam itu dinamakan dengan ilmu tasawuf yang hakiki. Oleh yang demikian maka barangsiapa yang tiada menceburkan dirinya untuk menuntut ilmu tasawuf maka adalah sebagai pertanda bahawa orang tersebut adalah orang yang kurang imannya, kurang akalnya dan kurang agamanya”.

Demikianlah dijelaskan oleh Syaikh Husain ibn Abdullah di dalam kitabnya tersebut. Sehubungan dengan itu, sepatutnya orang yang mengingini kemenangan di akhirat itu menuntut ilmu tasawuf dan mengajarkannya seperti orang-orang yang menuntut dan mengajarkan ilmu-ilmu yang lainnya. Kerana barangsiapa yang menuntut ilmu tasawuf itu nescaya ia lebih kaya daripada ilmu-ilmu yang lainnya. Adapun ilmu-ilmu selain ilmu tasawuf itu tidaklah lebih utama daripada ilmu tasawuf walaupun orang tersebut dikenal sebesar-besar ulama.

Syaikh Waliyullah yang amat besar Sayyid al-Syaikh Ibrahim al-Dusuqi berkata :
 “Adapun menuntut ilmu tariqah, yakni ilmu tasawuf wajib hukumnya bagi tiap-tiap murid yakni setiap orang yang menjalani akan jalan akhirat yang mengingini kemenangan di alam akhirat, walaupun ia sebesar-besar ulama pada bidang pengetahuan yang lain daripada ilmu tasawuf ini”.

Sehubungan dengan itu, para ahli sufi mengatakan :
“Setiap ahli sufi itu adalah faqih dan bukanlah setiap faqih itu ahli sufi”.

Ini adalah kerana setiap ahli sufi (yang benar-benar ahli sufi) itu memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang fiqh dan tidak semestinya setiap ulama yang mahir di bidang fiqh itu mengetahui ilmu tasawuf. Kerana ilmu fiqh itu diumpamakan oleh ulama seperti kulit kelapa bahagian luar, manakala ilmu tasawuf (tariqah) bagaikan kulit kelapa bahagian dalam (tempurung) manakala ilmu hakikat adalah bagaikan isinya. Bahkan lebih jauh lagi dapat dikatakan bahawa ilmu fiqh itu bagaikan kulit kelapa, ilmu tasawuf itu bagaikan isinya sedangkan ilmu hakikat itu adalah seumpama minyaknya.


Ilmu yang lain dari ilmu tauhid dan tasawuf adalah 
menjadi hujah kepada manusia sedangkan ilmu tauhid dan kebersihan jiwalah yang akan menjadi kebenaranmu disisi Tuhan.

Firman Allah :
“Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”(Yusuf :106)

Makrifat para ahli sufi atau Al-Khossah terhasil secara zauqi melalui Tajribah Al-Sufiyyah. Dalam perkataan lain zauqi atau kecapan terhadap pelbagai pengertian makrifat diperolehi secara langsung hasil tajalli di dalam hati (Qalbu) mereka. Mereka yang mengalaminya menjadi tenggelam dan fana’ daripada dirinya sendiri dan daripada segala sesuatu selain daripada Allah. Oleh itu apa yang tersyuhud kepadanya cumalah Allah sahaja. Kesedaran dan perasaannya dilimpahi dengan Qudrah Ilahi yang terlihat pada sesuatu, dengan Iradah Ilahi yang melaksana segala sesuatu; juga dengan perbuatan Ilahi yang kenyataannya dapat dilihat pada gerak dan diamnya segala yang wujud di alam ini. Inilah yang dinukilkan oleh Syaikh ibnu ‘Athaillah dalam Syarah Al-Hikam :
Bagaimanakah Ia dapat dihijab oleh sesuatu sedangkan Ia yang menzahirkan segala sesuatu.
Bagaimanakah akan mungkin akan dihijab oleh sesuatu padahal Ia lebih jelas dari sesuatu.
”Bagaimanakah mungkin akan dihijab oleh sesuatu, padahal Ia yang Esa yang tidak ada disampingNya sesuatu apapun.
“Bagaimanakah akan mungkin dihijab oleh sesuatu, padahal andaikan tidak ada Allah, nescaya tidak akan ada segala sesuatu.

Inilah lautan makrifat Ahli Sufi, makrifat yang ada didalam qalbu mereka tidak boleh difahami oleh kebanyakan orang awam, oleh para ahli ilmu kalam. Makrifat mereka adalah melalui penghayatan jiwa yang berjelira, memperkayakan pengalaman keruhanian mereka sehinggakan membuahkan makrifat yang kehalusannya sukar difahami oleh pandangan biasa yang tumpul.

Inilah apa yang dikatakan oleh Al-Tahanawi bahawa orang yang mengalami makrifat melalui jalan kesufian, mereka melihat setiap zat, pelbagai sifat dan pelbagai perbuatan, tenggelam hapus dalam pancaran cahaya Zat Allah, pelbagai Sifat KesempurnaanNya dan PerbuatanNya.

Syaikh Al-Junaid mengatakan :
"... daripada makrifat ahli sufi, ia wujud tanpa kemahuan berdiri di hadapan Allah dalam keadaan melihat tadbiran Allah terus atas dirinya, ia melihat Allah dalam QudrahNya menentukannya. Dan dia menjadi tenggelam dalam lautan kesatuan Allah, benar-benar fana’ daripada dirinya dan daripada seruan Allah kepadanya serta daripada jawapannya kepada Allah, iaitu merupakan satu kenyataan yang sejati terhadap Wahdaniyyah Allah dalam kehampirannya yang sejati dengan Allah. Lalu kesedaran dan aksinya menjadi hilang kerana Allah melaksanakan di dalam dirinya apa yang diKehendaki olehNya. Ilmu tentang hal yang demikian diperolehi apabila telah kembalilah seseorang hamba dari akhir ke awalnya, supaya ianya menjadi sebagaimana semula; iaitu sebelum ia menjadi seperti sekarang. Dalil dalam hal ini ialah firman Allah :
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan Zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanya-Nya): ‘Bukankah Aku Tuhan kamu?’ Mereka semua menjawab, ‘Benar …’." (al-‘Araf :172)

Mendalami lautan Ilmu KeTuhanan melalui jalan ahli sufi adalah yang bersih dan sempurna, ia mempelajari tentang Tuhannya dengan Tuhannya sendiri. Ia memperolehi melalui jalan tajalli ke dalam qalbinya.

Dalam kitab Siraj Tholibin Syaikh Al-Junaid berkata :
“Tidak ada yang (dapat) mengenal Allah kecuali Allah sendiri.”

Telah berkata Abu Bakar r.a, pada sebahagian khutbah beliau di atas mimbar :
“Segala puja-puji hanya untuk Allah yang tidak pernah menciptakan jalan apapun bagi makhluk untuk makrifat kepadaNya kecuali (makhluk itu sendiri) dapat merasakan kelemahan untuk makrifat kepadaNya.”

Siapakah yang lebih mengetahui tentang diriNya melainkan diriNya. Akal amat terbatas dalam mengenal Tuhannya, namun disana dalam diri insan, insan memiliki ruh yang memiliki kekuatan untuk menangkap rahsia Tuhannya yang tak mampu difahami oleh akal. Ia sudah makrifat dengan Tuhannya sebelum ia berada dalam jasad ini, ia memiliki keistimewaan yang hebat mengatasi makhlukNya lain. Namun kebanyakan ruh ini telah lupa akan asalnya apabila berada di alam ini, sehingga ia diselaputi hijab-hijab yang tebal antara ia dengan Tuhannya. Ini disebabkan dosa-dosa yang dilakukan, terhijab dengan jasad kasar yang dicipta dari tanah, terhijab dengan dunia yang diperlihat indah, terhijab dengan makhluk disekelilingnya. Ia menjadi lupa asalnya, ia menjadi jahil, menjadi buta, menjadi pekak, menjadi bisu, ia tidak kenal dirinya siapa, ia hidup bertuhankan hawa nafsu dan syaitan, syaitan membawa ia kepada neraka kegelapan ketuhanan.

Berkata syaikh Al Junaid :
“Ruhnya perlu dikembalikan kembali ke alam asalnya, kepada sifat kesucian asalnya…” 

dan tiada jalan lain untuk mengembalikan kesedaran ruh ini melainkan melalui jalan tariqah para ahli sufi. Apabila ruhnya suci, ia akan mengenal Tuhannya kembali dengan jalan limpahan yang berlaku kedalam qalbinya.

Mempelajari ilmu makrifat adalah amat penting. Ulama Tasawuf menghukumkan “
fardu ain” untuk setiap mukallaf mempelajari atau menuntut secara “ijmali” (global/pokok) dan “fardu kifayah” mempelajarinya secara “tafsili” (terperinci).

Syed Amin Al-Kurdi menegaskan :
“Ketahuilah bahawa pengenalan diri adalah suatu urusan yang penting untuk setiap peribadi. Kerana sesungguhnya siapa yang mengenal dirinya, nescaya ia dapat mengenal Tuhannya. Yaitu mengenal dirinya yang hina, lemah serta fana’. Dengan itu, dia dapat mengenal Tuhannya yang bersifat mulia, kuasa dan kekal abadi. Siapa yang jahil terhadap dirinya bererti dia jahil terhadap Tuhannya”. (Tanw. Qulub : ms 464)

“Amal soleh yang dilakukan tanpa makrifat kepada Allah akan berkesudahan pada kesia-siaan, gugur tidak bernilai, laksana abu yang ditiup angin di Hari Angin Badai”.

“Makrifat itu memastikan datangnya tenteram pada hati seperti juga ilmu membawa ketenteraman pada akal. Siapa yang bertambah nilai makrifatnya, bertambah pulalah rasa tenteram pada hatinya.” (ucapan Ad-Daqqaq : Risalah Qusyairaiyah).

“Maka sayogianya bagi orang yang berakal agar mengerahkan seluruh kemampuannya dalam menuntut Ilmu Makrifat para ahli sufi dan tidak menunda-nunda dalam hal itu. Janganlah terjadi, bila maut datang menjelang, kebutaan kerana kebodohan datang menimpa (akhirnya) tidak ada lagi jalan untuk melihat cerah.

Allah berfirman :
“Dan sesiapa yang buta di dunia (nescaya) ia buta di akhirat.” (Al-Isra’ : 72)

Imam al-Ghazali rahimahuLlah belum merasakan nikmatnya ilmu ini meskipun sudah menjadi ulama ikutan para zamannya sebagai seorang Pembesar Negeri. Beliau mendapat kepuasan batin setelah beliau menyediakan sebahagian umurnya untuk 
beruzlah sambil beliau menyusun beberapa kitab dimana sebuah kitab beliau yang terkenal ialah Ihya ‘Ulumuddin.

Sebahagian para ‘ArifbiLlah mengatakan (termasuk Imam al-Ghazali) :
“Siapa yang tidak kebagian ilmu ini (ilmu batin), saya khawatir atasnya akan menemukan “
su-ul khatimah” dan tidak ada jalan yang dapat mengenalNya kecuali dengan perasaan murni”. (Sirajut Tholibin)

Yang dimaksudkan mengenal diri ialah dengan menegakkan sifat kehambaan (Ubudiyah) rasa hina (di hadapan Allah) dan selalu berhajat kepada Allah. Mengenal Allah yang bersifat Kemuliaan, Keagungan dan Kuasa. Dan mengenal diri sebagai seorang yang asing di alam dunia ini hanya sebagai seorang musafir dari dunia menuju akhirat”. (Sirajut Tholibin)

“Hanya sanya, mereka yang telah mencapai tingkat MAKRIFAT adalah mereka yang (dalam batin) tidak menghiraukan sesuatu yang ada pada mereka dan bertahan pada apa yang ada pada Allah SWT”. (Risalah Al-Qusyairiyah)

Dunia para ‘ArifbiLlah adalah dunia kebatinan dengan ‘ asyik wal ma’syuk. Mereka tenggelam dalam dunianya yang mereka rasa lebih nikmat dan suci berbanding dengan dunia material yang sedang dihadapinya. Demikian pula ungkapan oleh Syaikh Junaid yang sama sekali tidak menghiraukan apapun jua kecuali yang mereka cintai. Kalau dunia material itu ada pada mereka, sama sekali tidak tersangkut di dalam hatinya – meskipun hanya selembar sapu tangan. Hati hanyalah tempat zikrullah. Akal dan nafsu melaksanakan tugasnya tetapi jangan membawa hati yang berperasaan murni ke dalam kancah dunia yang menggiurkan.

“Demikianlah, sesungguhnya terdapat perbedaan tingkat makhluk dalam hal makrifat kepada Allah Taala, menurut ukuran apa yang terbuka buat mereka dari pemberian-pemberian Allah (ilmu-ilmu yang halus), keajaiban-keajaiban segala yang dikuasaiNya, dan keindahan-keindahan ayat-ayatNya di dunia dan akhirat, di alam nyata maupun di alam ghaib (malakut). Bertambah makrifat mereka dengan Allah dan bertambah dekat pula tingkat makrifat mereka menuju makrifat yang sebenarnya / hakiki”. (Siraj Tholibin)

rujukan: 
Kitab Liku-Liku Jalan KeTuhanan dan Kebenaran - oleh Syeikh Tokku

Posted by 

Jalan Makrifat - Pesanan Guru

Pembersihan Jiwa untuk mencapai makrifat.


Para Anak-anakku Sekalian,

Untuk membolehkan dirimu terbang ke alam makrifat, kamu perlu bermujahadah dengan melepaskan diri kamu dari kegelapan selubung jasad ini, kerana ia menyebabkan kamu kelam dan lupa, menyebabkan kamu menjadi lemah dan jahil. Roh kamu dimasukkan ke dalamnya ketika sempurna ciptaannya. Firman Allah SWT, “Maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan padanya Roh-Ku, maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya.”


Jasad mengandungi empat unsur iaitu api, air, tanah dan angin. Ia bersifat haiwani dengan naluri berkehendak kepada makan-minum, tidur, syahwat dan bersukaria. Pengembara rohani perlu melemahkan kurungan ini dengan mengurangkan makan, tidur serta keselesaannya. Puasa sunat adalah bagi orang awam yang menuntut pahala, puasa ahli KeTuhanan pula bertujuan untuk meleburkan pengaruh jasad pada rohani sehinga rohaninya menjadi kuat. Mereka bukannya mencari pahala tetapi mencari Tuhan. Selagi kehidupan jasad lebih kuat menguasai kehidupannya, janganlah diharap terpancar rahsia KeTuhanan kepada rohaninya. Janganlah kamu menjadi golongan yang berangan-angan, bercita-cita tinggi tetapi seorang dayus untuk berjuang dan berkorban.

Pada diri kamu juga telah dibekalkan nafsu yang menguasai dirimu dan akan menghalang dirimu untuk menuju kepada Allah, penolongnya adalah syaitan. Ulama tasauf telah membahagikan nafsu kepada tujuh martabat iaitu nafsu Ammarah ditingkat yang paling rendah dan al-Kamil pada peringkat yang tertinggi. Nafsu ammarah cenderung kepada kejahatan, ia tidak merasa apa-apa apabila melakukan kejahatan atau kebaikan.

Nafsu boleh ditingkatkan dengan zikir dan mujahadah. Berzikir tanpa bermujahadah melambatkan proses pembersihan hati, begitu juga bermujahadah tanpa berzikir juga tidak memberi kematangan pada diri kamu dalam perjalanan ini. Kesan dari zikir dan mujahadah yang bersungguh-sungguh akan membantu berlakunya peningkatan kepada kerohanian. Kamu akan merasa perubahan pada jiwa dan yang paling penting hati telah hidup dengan Allah dan jiwa kamu boleh melihat keaiban diri sendiri.

Apa yang kamu perlu lakukan sebelum berbaiah dengan guru ialah bertaubat dari segala dosa-dosa yang besar. Perjalanan ini amat menekankan penumpuan kalimah Allah kepada jantung dengan bersungguh-sungguh. Isikan setiap gerak jantung dengan kalimah Allah sehinggalah ia benar-benar meresap kepada jantung hati. Kalau pada peringkat permulaannya ia merasa payah untuk melakukan hal demikian, banyakkan zikir jihar sama ada secara berseorangan atau berjamaah. Jika tidak merasai apa-apa kesan juga, perlu meneliti dimanakah hijabnya, pandangkan dosa-dosa yang dilakukan apatah lagi yang berkaitan dengan manusia.

Diam, lapar dan banyak bersendirian amat ditekankan dipermulaan perjalanan ini. Kamu perlu mempunyai keazaman yang kuat untuk makrifat dengan-Nya. Guru hanya menunjuk jalan bagaimana kaedah yang perlu dilakukan, sedang pada dirimulah terletak segala kemahuan dan kejayaan, “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika ia mengubahnya sendiri”.Hal makrifat adalah urusan kamu dengan Tuhanmu, berdirilah dipintu-Nya dengan penuh kefakiran dan kecintaan. Hanya hati yang benar-benar kuat dengan perasaan rindu dan cinta akan dapat menerobos benteng rahsia-Nya. Firman Allah, “…Hanya dengan kekuatan kamu boleh naik ke langit”.

Bersungguh-sungguhlah dengan dengan latihan ini, walaupun pada permulaannya terasa payah, tetapi ingatlah janji Allah SWT, “Barang siapa yang bersungguh dijalan-Ku nescaya Aku tunjukan jalan bagi mereka”. Apabila datangnya pertolongan Allah, itulah natijah di mana segala kepayahan yang kamu alami selama ini akan menjadi ringan dan kamu akan merasai kenikmatan padanya. Kamu akan dibantu dalam mujahadahmu memerangi hawa nafsu, hatimu akan dicahayakan dengan kemanisan asyik dengan Asma’ Allah. Kalimah Asma’-Nya hidup dalam jantung hatimu tanpa dipaksa-paksa, ia berbunyi pada telinga batinmu dan terang pada mata rohanimu. Ketika itu tidur, makan atau berbicara dengan manusia menjadi musuhmu. Inilah yang disebut oleh hadis Nabi SAW, “Sesiapa yang mencapai kemanisan iman, ia akan meninggalkan perkara yang tiada memberi manfaat kepadanya.” Inilah permulaan untuk berlakunya perubahan yang lebih hebat.

Kuatkan lagi zikirmu, meditasi (tafakur), ibadah dan mujahadah sehingga berlakunya perubahan pada hati. Ketika itu kamu akan merasa dan melihat berlakunya perpindahan kelazatan zikirmu ke tempat yang berlainan. Ia akan hidup dalam seluruh dadamu sama ada di kanan, kiri, tengah, atas dan bawah. Ada ketikanya ia terus naik ke ubun-ubun dengan kalimah zikir yang berlainan. Hal ini berlaku disebabkan pertukaran alam rohani. Ia bukan sengaja ditukar atau dilatih begitu. Kamu akan melalui 12 maqam zikir dan muraqabah yang tersusun sehingga kamu akan mencapai pelbagai hal ehwal kerohanian yang begitu hebat dan asyik. Penyusunan perjalanan zikir itu adalah sama dengan ibarat kamu mengerjakan haji di mana kamu melalui 12 tempat. Kaabah isyarat bagi hati dan di situlah bermulanya safar (musafir) rohanimu .

Amalan kerohanian 

Pembersihan untuk mencapai hakikat Ketuhanan melalui jalan zikir, yakni latihan yang berterusan serta penumpuan.

Semoga Allah SWT memberi kamu kefahaman akan jalan yang dibawa dan menjadi orang yang benar-benar beramal dengannya. Semoga Allah sentiasa merahmati kita dan mengampuni dosa kita jika di sana adanya hawa nafsu yang tersembunyi. Tekunlah beramal dengan amalan yang dibai’ahkan. Tumpukan bersungguh-sungguh ke arah qalbu (jantung)mu dengan kalimah Allah. Hidupkan ia sentiasa, walau bagaimana sekalipun keadaan kamu dan di mana kamu berada. Jika terasa lalai, beristighfarlah dengan segera, jadikan kecintaan menyebut nama-Nya sebagai keutamaan sehingga hati kamu menjadi istiqamah dengan asma’-Nya.

Setiap asma’ yang akan terlimpah pada hatimu penuh dengan keasyikan, kamu akan rasai dzauk yang berbeza. Setiap asma’ juga mengandungi muraqabah yang tersendiri. Jadikan diri kamu benar-benar memperolehi maqam dalam kerohanian. Setiap maqam rohanimu mengandungi hal yang berbeza. Bersungguh-sungguhlah kamu mencapainya dengan sentiasa bertaubat, menjaga syariat dengan baik, menjaga makan minum dengan teliti, jaga tutur-katamu, jaga penglihatanmu, kuatkan amalan sunat, biasakan berlapar, banyakkan tadabur Al-Quran dan qiam di malam hari. Di mana saja kamu berada, rendahkan hatimu, cintailah majlis ilmu, muliakanlah ulama-ulama, para hafiz, para syeikh dan khalifah sufi yang benar, para mujahid, para pendakwah yang ikhlas, pemimpin yang baik dan orang-orang yang soleh.

Tekunlah berzikir, sebaik-baiknya kamu memperuntukkan masa yang lama untuk berzikir sama ada zikir secara jihar atau sirr. Tambahkan tempoh masa zikirmu dari semasa ke semasa, gunakan masa luangmu untuk menumpukan rohanimu pada Tuhan, biarkan ia mengembara ke Alam KeTuhanan. Kamu mesti memperuntukkan waktu untuk berkhalwat dalam sebulan sebaik-baiknya tiga hari dan sekurang-kurangnya sehari.

Pada hari-hari biasa, waktu khalwat yang baik ialah pada waktu antara Maghrib dan Isyak atau pada jam 4 pagi hingga subuh, atau selepas subuh sehingga matahari naik atau lepas solat asar. Ia mengandungi rahsia rohani jika diamalkan. Pilihlah waktu mengikuti kesesuaian dirimu. Lebih lama masa yang diperuntukkan adalah lebih baik. Bagi ahli sufikurang lima jam berzikir masih lagi dianggap bermain-main. Ia tidak akan memberi kesan yang hebat pada dirimu. Oleh itu, peruntukkan masamu dengan baik seperti mencintai khalwat kerana ia membolehkan kamu memberi tumpuan yang baik tanpa ada gangguan.

Segalanya bergantung pada diri kamu. Dalam amalan kerohanian, tiada istilah ‘orang lama’ atau ‘orang baru’. Walaupun seseorang itu baru, jika dia bersungguh-sungguh beramal dan bermujahadah, dia mampu memperolehi natijah yang hebat berbanding orang lama yang malas bermujahadah. Begitu juga, murid boleh mengatasi guru dalam kerohanian, semuanya dalam kudrat Illahi untuk melimpahkan kurniaan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Pengamalan yang bersungguh-sungguh akan melahirkan natijah pada kamu dari segi kerohanian. Jika berlaku hal-hal yang berkaitan dengan kerohanian sama ada dalam bentuk mimpi, ilham, kasyaf, pertukaran zikir atau perasaaan dzauk atau datang pengajaran dari alam ghaib, ia perlu dirujuk kepada guru. Jangan terus diamalkan arahan yang berbentuk zikir atau wirid atau pengajaran yang menerangkan rahsia KeTuhanan kerana dibimbangi ia datang dari alam tipu daya iaitu syaitan dan jin.

Setiap perubahan zikir adalah di bawah pendidikan dan pengawasan Guru. Murid jangan sesekali memindahkan maqam zikirnya sendiri kerana ia tiada memberi natijah kerana setiap perpindahan mengandungi hal ehwal tertentu dari segi dzauk dan muraqabah. Semoga Allah memberi kekuatan untuk beramal dan bermujahadah.

Pesanan dari Syeikh Tokku Ibrahim Mohamad

Posted by 

Zikir, Tafakur dan Muhasabah

ZikiruLlah (mengenang atau mengingati Allah), tafakur dan muhasabah diri merupakan amalan yang patut diamalkan oleh semua insan yang bergelar hamba Allah swt. Seseorang itu hendaklah ingat bahawa Allah Melihat dan Memerhatikam semua lakuan dan fikirannya. Manusia hanya melihat yang zahir sahaja, tetapi Allah Melihat zahir dan batinnya seseorang itu. Orang yang percaya dengan ini sebenarnya dapatlah ia menguasai dan mendisiplinkan zahir dan batinnya. Jika ia tidak percaya ini, maka KAFIRLAH ia. Jika ia percaya tetapi ia bertindak berlawanan dengan kepercayaan itu, maka salah besarlah ia.



Suatu hari, seorang Negro menemui Nabi SAW. dan berkata; "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan banyak dosa. Adakah taubatku diterima atau tidak?".Nabi SAW. menjawab; "Ya". Kemudian Negro itu berkata lagi; "Wahai Rasulullah! Setiap kali aku membuat dosa adakah Allah Melihatnya?". Nabi SAW. menjawab lagi; "Ya"


Negro itu pun menjerit lalu mati. Sehingga seseorang itu benar-benar percaya bahawa ia sentiasa dalam pemerhatian Allah, maka tidaklah mungkin baginya membuat amalan yang baik-baik.


Seorang Sheikh ada seorang murid yang lebih disayanginya daripada murid-murid yang lain. Dengan itu murid-murid yang lain itu pun berasa dengki kepada murid yang seorang itu. Suatu hati Sheikh itu memberi tiap-tiap seorang murid itu seekor ayam dan menyuruh mereka menyembelih ayam itu di tempat yang tidak ada seseorang pun melihat ia menyembelih itu. Maka pergilah mereka tiap-tiap seorang membawa seekor ayam ke tempat yang sunyi dan menyembelih ayam di situ. Kemudian membawanya kembali kepada Sheikh mereka. Semuanya membawa ayam yang telah disembelih kepada Sheikh mereka kecuali seorang iaitu murid yang lebih disayangi oleh Sheikh itu. Murid yang seorang ini tidak menyembelih ayam itu. Ia berkata; "Saya tidak menjumpai tempat yang dimaksudkan itu kerana Allah di mana-manapun Melihat". Sheikh itu pun berkata kepada murid-murid yang lain; "Sekarang sekelian telah lihat sendiri peringkat pemuda ini. Dia telah mencapai ke taraf ingat sentiasa kepada Allah".


Apabila Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusof, ia menutup dengan kain muka sebuah berhala yang selalu disimpannya. Nabi Yusof berkata kepadanya;


"Wahai Zulaikha, adakah kamu malu dengan batu? sedangkan dengan batu engkau malu, betapa aku tidak malu dengan Allah yang menjadikan tujuh petala langit dan bumi".


Ada seorang datang berjumpa dengan Junaid dan berkata; "Saya tidak dapat menghindarkan mataku daripada melihat perkara-perkara yang membawa dosa. Bagaimanakah saya hendak mengawalnya?". Junaid menjawab; "Dengan cara ingat iaitu Allah Melihat kamu lebih jelas dan terang lagi daripada kamu melihat orang lain".


Dalam hadis ada diterangkan bahawa Allah ada berfirman seperti demikian;


"Syurga itu ialah bagi mereka yang bercadang hendak membuat sesuatu dosa, dan kemudian mereka ingat bahawa Aku sentiasa Memandang mereka, lalu mereka pun menahan diri mereka".


Abdullah Ibnu Dinar meriwayatkan;


"Satu ketika saya berjalan dengan Khalifah Omar berhampiran kota Mekah.Kami bertemu dengan seorang gembala yang sedang membawa gembalaannya. Omar berkata kepada gembala itu; "Jualkan pada saya seekor kambing itu". Gembala itu menjawab; "Kambing itu bukan saya punya, tuan saya yang mempunyainya."Kemudian untuk mencubanya, Omar berkata; "Baiklah, kamu katakanlah kepada tuanmu bahawa yang seekor itu telah dibaham oleh serigala". Budak gembala itu menjawab; "Tidak, sesungguhnya tuan saya tidak tahu tetapi Allah Mengetahuinya". Mendengar jawapan budak gembala itu, bertitisanlah air mata Omar. Beliau pun pergi berjumpa dengan tuan budak gembala kambing itu lalu membelinya dan membebaskannya. Beliau berkata budak itu; "Kerana kata-katamu itu, engkau bebas dalam dunia dan akan bebas juga di akhirat kelak".


Ada dua darjat berkenaan Zikir Allah (mengenang Allah) ini. Darjat pertama ialah darjat Aulia Allah. Mereka bertafakur dan tenggelam dalam tafakur mereka dalam mengenang Keagungan dan Kemuliaan Allah. Dan tidak ada tempat langsung dalam hati mereka untuk 'gairuLlah" (selain dari Allah). Ini adalah darjat zikir Allah yang bawah, kerana apabila hati seseorang itu telah tetap dan anggotanya dikawal penuh oleh hatinya hingga mereka dapat mengawal mereka dari perkara-perkara yang halal atau yang haram, maka tidak perlulah lagi ia sebarang alat atau penahan untuk menghalang dosa. Maka kepada zikir Allah seperti inilah Nabi Muhammad (S.W.T) maksudkan apabila ia berkata,


"Orang yang bangun pagi-pagi dengan hanya Allah dalam hatinya, Allah akan memeliharanya di dunia dan di akhirat."


Setengah daripada mereka golongan ini sangat asyik dan tenggelam dalam mengenang dalam mengingati Allah hinggakan kalau ada orang bercakap kepada mereka tidaklah mereka dengar, kalau orang berjalan dihadapan mereka tidaklah mereka nampak. Mereka seolah-olah diam seperti dinding. Seseorang Wali Allah ada berkata demikian: "Suatu hari saya melintasi tempat ahli-ahli pemanah sedang bertanding memanah. Tidak berapa jauh dari situ ada seorang duduk seseorang diri. Saya pergi kepadanya dan cuba hendak berbual dengannya.Tetapi ia menjawab, "Mengenang Allah itu lebih baik dari berbual". Saya bertanya, "tidakkah kamu merasa keseorangan?". "Tidak" jawabnya, "Allah dan dua orang malaikat ada bersamaku". Saya bertanya kepada beliau sambil menunjukkan kepada pemanah-pemanah itu, "Antara mereka itu, yang manakah akan menang?" Beliau menjawab, "Yang itu, Allah telah beri kemenangan kepadanya." Kemudian saya bertanya, "dari manakah datangnya jalan ini?" Mendengar itu, ia merenung ke langit lalu berdiri dan pergi sambil berkata, "Oh Tuhan! Banyak hamba-hambamu mengganggu seseorang itu dalam mengingatimu!".


Seorang wali Allah bernama Syubli satu hari pergi berjumpa seorang sufi bernama Thauri. Beliau lihat Thauri duduk dengan berdiam diri dalam tafakkur hingga sehelai bulu romanya pun tidak bergerak. Syubili bertanya kepada Thauri, "Daripada siapa anda berlajar latihan bertafakkur dengan diam diri seperti itu?" Suri menjawab, "Daripada seekur kucing yang saya lihat menunggu di lubang tikus. Kucing itu lebih tetap dan diam lagi daripada ini."


Ibn Hanif meriwayatkan:


"Saya diberitahu bahawa di Bandar Thur ada seorang Syeikh dan muridnya sentiasa duduk dan tenggelam dalam zikir Allah. Saya pergi ke situ dan saya dapati kedua orang itu duduk dengan muka mereka menghadap ke kiblat. Saya memberi salam kepada mereka tiga kali. Tetapi mereka tidak menjawab. Saya berkata, "Dengan nama Allah saya minta tuan-tuan menjawab salamku". Pemuda itu mengangkat kepalanya dan menjawab,


"Wahai Ibn Hanif! dunia ini untuk sebentar waktu sahaja, dan yang sebentar itupun tinggal lagi sedikit sahaja. Anda mengganggu kami kerana meminta kami menjawab salammu itu".


Kemudian dia menundukkan kepalanya semula dan terus mendiamkan diri. Saya rasa lapar dan dahaga pada masa itu, tetapi dengan memandang mereka itu saya lupa pada diri saya. Saya terus bersama mereka dan sembahyang Zohor dan Asar bersama mereka. Saya minta mereka memberi nasihat kepada saya berkenaan kerohanian ini. Pemuda itu menjawab, "Wahai Ibni Hanif, kami merasa susah; kami tidak ada lidah yang memberi nasihat itu." Saya terus berdiri di situ tiga hari tiga malam. Kami tidak bercakap antara satu sama lain, dan tidak tidur. Kemudian saya berkata kepada diri saya sendiri, saya akan pohon kepada Allah supaya mereka menasihati saya." Pemuda itu mengangkat kepalanya dan berkata,


"Pergilah cari orang seperti itu, ia akan dapat membawa Allah kepada ingatan anda dan melengkapkan rasa takut kepada hatimu, dan ia akan memberi anda nasihat yang disampaikan secara diam tanpa sebarang cakap."


Demikianlah zikir Allah para Aulia iaitu melenyap dan menenggelamkan fikiran dan khayalan dalam Mengenang Allah. Zikir Mengenang Allah (ingat Allah) yang kedua ialah zikirnya "golongan kanan" iaitu yang disebut dalam Quran sebagai Ashabul Yamin. Mereka ini tahu dan kenal bahawa Allah sangat mengetahui terhadap mereka dan mereka merasa tunduk dan tawaduk di Hadirat Allah SWT tetapi tidaklah sampai mereka melenyap dan menenggelamkan fikiran dan khayalan mereka dalam mengenang Allah sahaja sehingga tidak peduli keadaan keliling mereka. Mereka sedar diri mereka dan sedar terhadap alam ini. Keadaan mereka adalah seperti seorang yang terkejut kerana didapati berkeadaan bertelanjang dan cepat-cepat menutup aurat mereka.


Golongan yang lagi satu dulu adalah seperti orang yang tiba-tiba mendapati diri mereka di majlis raja yang besar lalu ia merasa tidak tentu arah dan merasa takjub.


Golongan yang mula-mula itu memeriksa terlebih dahulu apa yang memasuki hati mereka dengan rapi sekali, kerana di hari kiamat kelak tiga soalan akan ditanya terhadap tiap-tiap lakuan. Dan tindakan yang telah dilakukan.


Pertama : "Kenapa kamu buat ini?"
Kedua : "Dengan cara apa kamu membuat ini?"
Ketiga : "Untuk tujuan apa kamu melakukan ini?"


Yang pertama itu disoal kerana seseorang itu hendaklah bertindak dari niat dan dorongan Ketuhanan dan bukan dorongan Syaitan dan hawa nafsu. Jika soalan itu dijawab dengan memuaskan hati, maka diadakan ujian kedua iaitu soalan secara mana tindakan itu dilakukan dengan bijak, dengan cuai, atau dengan cara tidak peduli apa. Yang ketiga, sama ada kelakuan dan tindakan itu kerana Allah semata-mata atau kerana hendakkan sanjungan manusia.


Jika seseorang itu memahami makna soalan-soalan ini, maka ia tentu berhati-hati sekali terhadap keadaan hatinya dan bagaimana ia melawan fikiran yang mungkin menimbulkan tindakannya. Sebenarnya memilih dan menapis fikiran dan khayalan itu sangatlah susah dan rumit. Barangsiapa yang tidak sanggup membuatnya hendaklah pergi berguru dengan orang-orang keruhanian. Mengaji dan berguru dengan mereka itu dapat mendatangkan cahaya ke dalam hati. Dia hendaklah menjauhkan diri dari orang-orang alim keduniaan kerana mereka ini adalah alat atau ujian syaitan.


Allah berfirman kepada Nabi Daud a.s.;


"Wahai Daud, janganlah bertanya kepada orang Alim yang mabuk dalam cintanya kepada dunia,kerana mereka akan merampas dari kamu perasaan Cinta terhadapKu".




Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda;


"Allah kasih kepada orang yang tajam matanya terhadap perkara-perkara yang menimbulkan syak-wasangka dan tidak membiarkan akalnya diganggui oleh serangan hawa nafsu".


Akal dan pilihan sangat berkait rapat, dan orang yang akalnya tidak menguasai hawa nafsu tidak akan dapat memilih yang baik dari yang jahat.


Di samping membuat pilihan dan berhati-hati sebelum bertindak, maka seseorang itu hendaklah menghitung dan menyedari apa yang telah dilakukannya dahulu. Tiap-tiap malam periksalah hati itu dan lihatlah apa yang telah dilakukan dan sama ada telah untung atau rugi dalam perniagaan keruhaniaan ini. Ini adalah penting kerana hati itu ibarat rakan perniagaan yang jahat yang sentiasa hendak menipu dan mengilat. Kadang-kadang ia menunjukkan diri jahatnya itu. Sebaliknya topeng taat kepada Allah, agar manusia menganggap ia telah beruntung tetapi sebenarnya ia telah rugi.


Seorang Wali Allah bernama Amiya yang berumur 60 tahun telah mengira berapa hari umurnya. Maka didapati umurnya ialah selama 21,600 hari semua sekali. Beliau berkata kepada dirinya sendiri;


"Aduhai! jika saya telah melakukan satu dosa sehari, bagaimana saya hendak lari dari beban 21, 600 dosa?".


Beliau menjerit dan terus rebah. Apabila orang datang hendak mengangkatkannya, mereka telah dapati beliau telah meninggal dunia. Tetapi malang, kebanyakan orang telah lupa. Mereka tidak memperhitung diri mereka sendiri. Jika tiap-tiap satu dosa itu diibaratkan sebiji batu, maka penuhlah sebuah rumah dengan batu itu. Jika malaikat Kiraman Kaatibin meminta gaji kerana menulis dosa yang seseorang itu telah lakukan, maka tentulah habis wangnya bahkan tidak cukup untuk membayar gaji mereka itu. Orang berpuas hati membilang biji tasbih sambil berzikir nama Allah, tetapi mereka tidak ada biji tasbih untuk mengira berapa banyak percakapan sia-sia yang telah diucapkannya. Oleh kerana itulah, Khalifah Omar berkata;


"Timbanglah perkataan dan perbuatanmu sekarang sebelum ia dipertimbangkan di akhirat kelak".


Beliau sendiri sebelum pergi tidur malam hari memukul kakinya dengan comtar sambil berkata;
"Apa yang telah engkau buat hari ini?".


Suatu hari Thalhah sedang sembahyang di bawah pohon-pohon kurma dan terpandang olehnya seekor burung yang jinak berterbangan di situ. Kerana memandang burung itu beliau terlupa berapa kalikah beliau sujud. Untuk menghukum dirinya kerana kelalaian itu, beliau pun memberi pohon-pohon khurma itu kepada orang lain.


Aulia Allah mengetahui hawa nafsu mereka itu selalu membawa kepada kesesatan. Oleh itu mereka berhati-hati benar dan menghukum diri mereka setiap kali mereka telah terlanggar batas.


Jika seseorang itu mendapati diri mereka telah terjauh dan menyeleweng dari sifat zuhud dan disiplin diri, maka sepatutnya beliau belajar dan meminta nasihat dari orang yang pakar dalam latihan keruhanian, supaya hati lebih bersemangat kepada sifat zuhud, disiplin diri dan akhlak yang suci itu.


Seorang Wali Allah pernah berkata,


"Apabila saya berasa merosot dalam disiplin diri, saya akan melihat Muhammad bin AbuWasi, dan melihat beliau itu bersemangatlah hatiku sekurang-kurangnya seminggu".


Jika seseorang itu tidak dapat seseorang yang zuhud di sekitarnya, maka eloklah mengkaji riwayat Aulia Allah. Elok juga ia menasihat jiwanya seperti demikian;


"Wahai jiwaku! engkau fikir diri kau cerdik pandai dan engkau marah jika disebut bodoh. apakah engkau ini? Engkau sediakan kain baju untuk melindungi sejuk tetapi tidak bersedia untuk kembali ke akhirat.


Keadaanmu adalah seperti orang dalam musim sejuk berkata;


"Aku tidak pakai pakaian panas, cukuplah aku bertawakkal kepada Allah untuk melindungi aku dari sejuk".


Dia telah lupa bahawa Allah di samping menjadikan sejuk itu ada juga memberi petunjuk kepada manusia bagaimana membuat pakaian untuk mengelakkan dari sejuk dan dingin; dan disediakan alat dan bahan-bahan untuk membuat pakaian itu. Ingatlah jiwa! hukuman kepadamu di akhirat kelak bukanlah kerana Allah murka kerana tidak patuhmu; dan janganlah berkata;


"Bagaimana pula dosaku boleh menyakiti Allah?


Adakah hawa nafsumu sendiri yang menyalakan api neraka di dalam dirimu sendiri; seperti orang yang memakan makanan yang membawa penyakit. Penyakit itu terjadi dalam badan manusia, dan bukan kerana doktor marah kepadanya kerana tidak mematuhi perintahnya.


"Tidak malukah kamu wahai jiwa! kerana kamu sangat cenderung kepada dunia!!!. Jika kamu tidak percaya dengan Syurga dan Neraka, maka sekurang-kurangnya percayalah kepada mati yang akan merampas dari kamu semua keseronokkan kedunian dan membuat kamu merasa kepayahan berpisah dari dunia ini. emakin kuat perkaitanmu kepada dunia, maka semakin pedihlah yang kamu rasai


Apakah dunia ini bagimu? Jika seluruh dunia ini dari Timur ke Barat kepunyaanmu dan menyembahmu, namun itu tidaklah lama. Akan semuanya hancur jadi abu bersama dirimu sendiri dan namamu makin lama makin dilupakan; seperti Raja-raja yang dahulu sebelum kamu. Setelah kamu melihat bagaimana kecil dan kerdilnya kamu di dunia ini, maka kenapa kamu beriya-ya benar dan bergila-gila benar menjual keseronokan dan kebahagiaan yang abadi dan memilih kebahagian yang sementara seperti menjual intan berlian yang mahal untuk mendapatkan kaca yang tidak berharga, dan menjadikan kamu bahan ketawa orang lain?"


wallau'alam


Posted by 

Kenali Pecahan Sifat 20

Mari sama-sama kita pelajari ilmu tauhid sifat 20 yang dipegang oleh Imam Abu Hassan al-Asya’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (Ahli sunnah wal jamaah) agar kita mempunyai asas mengenali Tuhan yang kita sembah dan taati.


Takrifan:

1. Sifat Nafsiah – diri zat Allah swt, wujudNya tidak disebabkan oleh sesuatu sebab

2. Sifat Salbiah – menafikan perkara-perkara yang tidak layak bagi Zat Allah swt atau hujah-hujah sifat yang membesarkan kelebihan zat yang Maha Agung itu daripada sekalian yang baharu

3. Sifat Ma’ani – sifat yang berdiri pada zat Allah swt, yakni sifat khusus yang dimiliki oleh Allah swt dan lazim melazimi pula ia dengan sifat ma’anawiyah

4. Sifat Ma’anawiyah – zat yang disebabkan suatu sebab akan wujudnya, yakni kelakuan zat atau fungsi zat yang mempunyai sifat ma’ani atau kelakuan sifat ma’ani yang digerakkan oleh zatNya.


Takrifan:

ISTAGHNA
 – Sifat KEKAYAAN Allah swt

IFTIQAR - Sifat berhajat, berkehendak sekalian makhluk kepada Allah swt

Berjuang dan bermujahadahlah kita agar hati kita dibuka pintu makrifat kepada Allah swt dari segi Zat, Sifat, Afa'al dan Asma'-Nya. Sekurang-kurangnya makrifat afa'alnya agar amal ibadat dan amal kebaikan yang kita lakukan tiada "syirik khafi" (yang tersembunyi) yang kesannya ialah amalan itu umpama debu-debu yang berterbangan yang mana tidak bernilai sedikit pun di sisi Allah swt. Fakir dan berhajatnya kita dengan Allah swt dan Maha Kaya dan Hebatnya Allah swt......Astaghfirullahalazim.....laahaulawalaquwwataillabillah.....(sumber Artikel)

Selasa, 18 Oktober 2011

Pengertian Thoriqot

THORIQOT

Tarekat berasal dari bahasa Arab thariqah, jamaknya tharaiq, yang berarti: (1) jalan atau petunjuk jalan atau cara, (2) Metode, system (al-uslub), (3) mazhab, aliran, haluan (al-mazhab), (4) keadaan (al-halah), (5) tiang tempat berteduh, tongkat, payung (‘amud al-mizalah).

Sedangkan menurut istilah, Tarekat berasal dari kata Ath-Thariq (jalan) menuju kepada
Hakikat atau dengan kata lain pengalaman Syari'at, yang disebut "Al-
Jaraa" atau "Al-Amal", sehingga Asy-Syekh Muhammad Amin Al-Kurdiy
mengemukakan tiga macam definisi, yang berturut-turut disebutkan:

1) Tarekat adalah pengamalan syari'at, melaksanakan beban ibadah
(dengan tekun) dan menjauhkan (diri) dari (sikap) mempermudah
(ibadah), yang sebenarnya memang tidak boleh dipermudah.

2) Tarekat adalah menjauhi larangan dan melakukan perintah Tuhan
sesuai dengan kesanggupannya; baik larangan dan perintah yang nyata,
maupun yang tidak (batin).

3) Tarekat adalah meninggalkan yang haram dan makruh, memperhatikan
hal-hal mubah (yang sifatnya mengandung) fadhilat, menunaikan hal-hal
yang diwajibkan dan yang disunatkan, sesuai dengan kesanggupan
(pelaksanaan) di bawah bimbingan seorang Arif (Syekh) dari (Shufi)
yang mencita-citakan suatu tujuan.

Menurut L. Massignon, yang pernah mengadakan penelitian terhadap
kehidupan Tasawuf di beberapa negara Islam, menarik suatu kesimpulan
bahwa istilah Tarekat mempunyai dua macam pengertian.

a) Tarekat yang diartikan sebagai pendidikan kerohanian yang sering
dilakukan oleh orang-orang yang menempuh kehidupan Tasawuf, untuk
mencapai suatu tingkatan kerohanian yang disebut "Al-Maqamaat"
dan "Al-Ahwaal".

b) Tarekat yang diartikan sebagai perkumpulan yang didirikan menurut
ajaran yang telah dibuat seorang Syekh yang menganut suatu aliran
Tarekat tertentu.
Maka dalam perkumpulan itulah seorang Syekh mengajarkan Ilmu Tasawuf
menurut aliran Tarekat yang dianutnya, lalu diamalkan bersama dengan
murid-muridnya.

Dari pengertian diatas, maka Tarekat itu dapat dilihat dari dua sisi;
yaitu amaliyah dan perkumpulan (organisasi). Sisi amaliyah merupakan
latihan kejiwaan (kerohanian); baik yang dilakukan oleh seorang,
maupun secara bersama-sama, dengan melalui aturan-aturan tertentu
untuk mencapai suatu tingkatan kerohanian yang disebut "Al-Maqaamaat"
dan "Al-Akhwaal", meskipun kedua istilah ini ada segi prbedaannya.
Latihan kerohanian itu, sering juga disebut "Suluk", maka pengertian
Tarekat dan Suluk adalah sama, bila dilihat dari sisi amalannya
(prakteknya). Tetapi kalau dilihat dari sisi organisasinya
(perkumpulannya), tentu saja pengertian Tarekat dan Suluk
tidak sama.

Menurut Al-Jurjani ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali (740-816 M), tarekat ialah metode khusus yang dipakai oleh salik (para penempuh jalan) menuju Allah Ta’ala melalui tahapan-tahapan/maqamat.
Dengan demikian tarekat memiliki dua pengertian, pertama ia berarti metode pemberian bimbingan spiritual kepada individu dalam mengarahkan kehidupannya menuju kedekatan diri dengan Tuhan. Kedua, tarekat sebagai persaudaraan kaum sufi (sufi brotherhood) yang ditandai dengan adannya lembaga formal seperti zawiyah, ribath, atau khanaqah.
Bila ditinjau dari sisi lain tarekat itu mempunyai tiga sistem, yaitu: sistem kerahasiaan, sistem kekerabatan (persaudaraan) dan sistem hirarki seperti khalifah tawajjuh atau khalifah suluk, syekh atau mursyid, wali atau qutub. Kedudukan guru tarekat diperkokoh dengan ajaran wasilah dan silsilah. Keyakinan berwasilah dengan guru dipererat dengan kepercayaan karamah, barakah atau syafa’ah atau limpahan pertolongan dari guru.
Pengertian diatas menunjukkan Tarekat sebagai cabang atau aliran dalam paham tasawuf. Pengertian itu dapat ditemukan pada al-Thariqah al-Mu'tabarah al-Ahadiyyah, Tarekat Qadiriyah, Tarekat Naksibandiyah, Tarekat Rifa'iah, Tarekat Samaniyah dll. Untuk di Indonesia ada juga yang menggunakan kata tarekat sebagai sebutan atau nama paham mistik yang dianutnya, dan tidak ada hubungannya secara langsung dengan paham tasawuf yang semula atau dengan tarekat besar dan kenamaan. Misalnya Tarekat Sulaiman Gayam (Bogor), Tarekat Khalawatiah Yusuf (Suawesi Selatan) boleh dikatakan hanya meminjam sebutannya saja.
Thoriqoh atau tarekat adalah suatu ilmu untuk mengetahui hal ihwal nafsu dan sifat-sifatnya yang ada pada diri manusia, mana yang tercela kemudian di jauhi dan ditinggalkan, dan mana yang terpuji kemudian diamalkan.

Tarekat ini sendiri tergolong menjadi dua golongan, yaitu tarekat muktabaroh dan tarekat yang tidak muktabaroh.
Tarekat muktabaroh adalah aliran tarekat yang memiliki sanad yang muttashil (bersambung) sampai kepada Rosuluwllah Saw. Sedang beliau sendiri menerimanya dari malaikat jibril dan malaikat jibril dari Aowllah SWT.
Sedangkan tarekat yang tidak muktabaroh adalah aliran tarekat yang tidak memiliki sanad dan tidak muttashil sampi kepada Rosuluwllah. Tetapi pada pelaksanaan dan prakteknya sama.
Tariqah Pada Bahasa
Kalimah Thariq berasal dari kekata “tharaqa” yang bererti
memukul/memanjangkan, menyisir, mengetuk, melalui,
mengucapkan, serta datang di malam hari. Thariq bererti tempat
berlalu yang luas dan panjang, melebihi luas jalan. Ia juga bererti
jalan yang ditempuh oleh kelompok sufi, dijamakkan menjadi
thuruq.
Erti Thariq sama dengan tariqah yang bererti jalan, haluan
atau mazhab. Tariqah juga mempunyai erti yang menunjuk pada
segolongan orang-orang yang dipandang mulia. Iaitu orang-orang
yang dihormati dan diikuti oleh masyarakat kerana keluhuran
jiwanya. Pada masyarakat Arab biasanya digunakan kata-kata
‘tariqah al-qaum’ yang bererti suri tauladan dan pilihan mereka
iaitu orang-orang yang dijadikan oleh sesuatu masyarakat sebagai
ikutan. Maka masyarakat tersebut mengikuti jalan mereka.
Tariqah Pada Istilah
Dalam Ilmu Tasawuf, Tariqah merupakan satu jalan atau
kaedah yang ditempuh menuju keridhaan Allah swt dengan
amaliah zahir dan bathin sepertimana yang terkandung dalam
keluasan Ilmu Tasawuf. Adapun ikhtiar menempuh jalan itu lebih
dikenali dengan istilah Suluk. Sedangkan orang bersuluk itu pula
dipanggil Salik.
Dalam keterangan yang lain, dapat difahami bahwa tariqah
itu adalah jalan atau petunjuk dalam melakukan sesuatu ibadah
sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan
dikerjakan oleh para sahabat Nabi Muhammad saw, Tabi’in, Tab’i

Tabi’in turun temurun sehingga sampai kepada para ulama dan
guru-guru. Guru-Guru yang memberikan petunjuk dan bimbingan
ini dinamakan Mursyid. Mursyid peranannya membimbing dan
mengajar muridnya setelah memperolehi ijazah dari gurunya pula
sebagai tersebut dalam silsilahnya. Dengan demikian ahli
Tasawuf berkeyakinan bahwa hukum-hakam serta peraturan-
peraturan dalam ilmu Syariah dapat dilaksanakan dengan sebaik-
baik perlaksanaan melalui jalan Tariqah.
PENGGUNAAN KATA “TARIQAH” DALAM AL-QURAN
Di dalam Al-Quranul Karim, perkataan Tariqah digunakan
sebanyak 9 kali di dalam 5 surah. Pengertian tariqah di dalam Al-
Quran mempunyai beberapa pengertian. Antaranya ialah:-
1. Surah An-Nisa’ : 168
‘Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan
kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa)
mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepada
mereka.’
2. Surah An-Nisa’ : 169
‘Melainkan jalan ke Neraka Jahannam; mereka kekal di
dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian itu adalah
mudah bagi Allah.’
3. Surah Thoha : 63
‘Mereka berkata : Sesungguhnya dua orang ini adalah benar-
benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu
dengan sihirnya dan hendak melenyapkan kedudukan kamu
yang utama.’
4. Surah Thoha : 77
‘Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa:
Pergilah kamu dengan hambaKu (Bani Israil) di malam hari,
maka buatlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu,
kamu tidak usah khuatir akan tersusul dan tidak usah takut
(akan tenggelam).’
5. Surah Thoha : 104
‘Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan ketika
berkata orang yang paling lurus jalannya di antara mereka:
Kamu tidak berdiam (di dunia) melainkan hanyalah sehari
sahaja.’
6. Surah Al-Ahqaf : 30
‘Mereka berkata : Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah
mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan
sesudah Musa yang membenarkan kitab - kitab yang sebelumnya
lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang
lurus.’
7. Surah Al-Mukminin : 17
‘Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu
tujuh buah jalan (tujuh buah langit) dan Kami tidaklah
lengah terhadap ciptaan (Kami).’
8. Surah Al-Jinn : 11
‘Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang
soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian
halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.’
9. Surah Al-Jinn : 16
‘Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas
jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi
minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak).’
Jika diperhatikan 3 bentuk kekata tharaqa digunakan di
dalam Al-Quran. Bentuk tersebut adalah:
1) Thariq – Jalan yang ditetapkan atau jalan yang dilalui oleh
manusia
2) Thariqah – Keutamaan atau kebenaran
3) Tharaiq – Berbentuk jamak dari perkataan thariq dan
thariqah. Mempunyai dua makna iaitu :
О Jalan yang nampak
О Aliran atau keadaan

ASAL USUL TARIQAH
Nabi Muhammad saw sebagai guru pertama umat Islam telah
membuka jalan (tariqah) yang pertama dan telah menyem-
purnakan tablighnya (penyampaiannya). Maka dengan ini tariqah
kaum muslimin keseluruhannya berpokok pangkal dari tariqah
Nabi Muhammad saw. Segala amal ibadah yang kita lakukan atau
tariqah yang kita amalkan adalah petunjuk yang kita terima dari
guru-guru kita. Mereka sebelumnya menerima dari para ulama.
Para ulama sebelumnya menerima dari para Tabi’ Tabi’in. Mereka
pula telah menerima dari para tabi’in yang telah menerima dari
sahabat yang langsung menerima dari Rasulullah saw. Rasulullah
saw telah menerima segala ajaran pula dari Jibril as dan Jibril pula
menerimanya dari Allah swt.
Perlaksanaan sunnah Nabi Muhammad saw yang terkandung
dalam Ilmu Fiqeh harus dilaksanakan melalui tariqah. Tidak
mencukupi hanya dari keterangan hadis–hadis Nabi Muhammad
sawsahaja tanpa ada sahabat yang melihat cara perlaksanaan Nabi
saw dalam sesuatu ibadah. Kemudian mereka pula menceritakan
kembali caranya kepada murid-muridnya iaitu para tabi’in dan
seterusnya. Apabila seseorang mempelajari ilmu Fiqehsebenarnya
ia sudah melakukan satu tariqah.
Apabila seorang guru mengajarkan ilmu sembahyang
misalnya, ia pasti mengajar, membimbing dan menunjukkan cara
perlaksanaan yang betul, dengan niat yang sah, segala rukun
sembahyang sehingga dapat sembahyang itu akhirnya
dilaksanakan dengan sempurna. Semua bimbingan gurunya itu
dinamakan tariqah. Maka apabila perlaksanaan ibadah itu
meninggalkan kesan pada jiwanya dan dikerjakan secara
maksimal, maka ia akan menjadi Haqiqah, sedangkan hasilnya,
sebagai tujuan terakhir daripada semua perlaksanaan ibadah itu
ialah mengenal Tuhan sebaik-baiknya, atau dalam istilah Tasawuf
disebut mencapai Makrifatullah.
Syariah dan Tariqah adalah tidak lain daripada mewujudkan
perlaksanaan ibadah dan amal, sedangkan Haqiqah itu
memperlihatkan ahwal dan rahsia tujuannya.
Dalam Ilmu Tasawuf penjelasan ini disebut: Syariah itu
merupakan peraturan. Tariqah itu merupakan perlaksanaan.
Haqiqah itu merupakan keadaan dan Makrifah itu adalah tujuan
yang terakhir iaitu mengenal Allah swt.
Imam As-Syeikh An-Naqsyabandi mengatakan:
“Syariah itu segala apa yang diwajibkan, dan Haqiqah itu segala
apa yang diketahui. Syariah itu tidak boleh terlepas dari Haqiqah dan
Haqiqah pula itu tidak boleh terlepas dari Syariah.”
Imam Malik pula berkata:
“Barangsiapa mempelajari Fiqeh sahaja dengan tidak mempelajari
Tasawuf, maka ia fasik. Barangsiapa mempelajari Tasawuf sahaja
dengan tidak mengenal Fiqeh, maka dia itu zindiq. Barangsiapa
mempelajari serta mengamalkan kedua-duanya itu, maka dia itulah
Mutahaqqiq, iaitu ahli Haqiqah yang sebenarnya.”
PANDANGAN PARA ULAMA MENGENAI TARIQAH
Disini kami sertakan beberapa pengertian Tariqah yang diusulkan
oleh para ulama.
Syekh Ahmad Khatib bin Abdul Latiff di dalam kitabnya
Al-Ayatul Baiyinat :
“Jalan kepada Allah dengan mengamalkan ilmu Tauhid, Fiqh dan
Tasawuf”.
Tuan Hj Abdullah Ujong Rimba di dalam kitabnya Ilmu
Thariqat dan Hakikat:
“Cara atau kaifiat mengerjakan sesuatu amalan untuk mencapai
sesuatu tujuan’.
Dr Ahmad Tafsir di dalam artikelnya bertajuk Tarekat dan
Hubungannya Dengan Tasawuf mengatakan :
“Sufi-sufi besar seperti Al-Junaid, Al-Qusyairi, dan Al-Ghazali telah
merintis jalan-jalan yang berisi kaedah-kaedah dalam usaha mereka
masing-masing mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kaedah-kaedah
itu…disebut maqamat, yang jumlah dan urutannya berbeda antara sufi
yang satu dengan sufi yang lain. Jalan itu sendiri oleh kaum sufi di
sebut Tariqah.”

SEJARAH TARIQAH
Islam merupakan agama lengkap yang menjangkau segala aspek
hidup, sama ada dalam menyediakan keperluan rohani dan
jasmani manusia. Tujuan hidup manusia sesuai dengan fungsinya
sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini adalah untuk
mencurahkan pengabdian yang sepenuhnya kepada Allah swt.
Amanah dan risalah agama tauhid telah berkembang turun
temurun sejak Nabi Adam sehingga ke junjungan kita Nabi
Muhammad saw. Rasulullah saw telah mempamerkan qudwa
yang baik menerusi ibadahnya, musyahadahnya, muraqabahnya
dan segala tindak tanduknya. Ini jelas dapat dilihat dalam sejarah
kehidupan Nabi Muhammad saw apabila diteliti.
Rasulullah saw telah membawa Islam ke suatu tahap yang
sempurna dan menerapkan ajaran dasar iaitu tauhid ke dalam
setiap manusia yang mengesakan Allah swt. Diikuti pula dengan
perlaksanaan penghambaan melalui peraturan-peraturan agama
dan syariat yang tercangkup dalam rukun Islam. Melalui contoh
hidup beliau, Rasulullah saw menjadi petunjuk terbaik dalam
perlaksanaan ajaran-ajaran tuhan yang diwahyukan itu.
Contoh kezuhudan Rasulullah saw adalah satu tarikan pula
buat sebahagian besar para sahabat terutama Sayyidina Abu
Bakar ra, Sayyidina Omar ra, Sayyidina Uthman ra, Sayyidina Ali
ra, Abu Zar Al-Ghiffari ra, Abu Hurairah ra dan ramai lagi untuk
mengikuti.
Para sahabat dan mereka yang mengikut ajaran Rasulullah
saw telah memperjuangkan Islam secara zahir dan batin. Semasa
pemerintahan Khulafa’ Ar-Rashidin, Islam telah tersebar luas
sehingga ke Mesir, Palestine, Syria, Iraq, Parsi, Byzantium dan
juga ke setiap pelusuk negara yang lain.
Setelah berlalu zaman Khulafa’ Ar-Rashidin dan kerajaan Bani
Umaiyyah, hampir semua para Khalifah yang menduduki takhta
telah meninggalkan kezuhudan dan kehidupan sederhana.
Mereka telah terpesona dengan kehidupan mewah dan kekuasaan
sehingga mereka berani melakukan perbuatan-perbuatan yang
tidak mengikut sunnah dan ajaran-ajaran Nabi Muhammad saw.
Perubahan sosio ekonomik dan politik pada zaman
pemerintahan Bani Umaiyyah adalah titik tolak pelancaran suatu
aliran zuhud dan mengutamakan pembinaan rohani dalam Islam.
Sebenarnya aliran itu, tidak berniat untuk mengemukakan sesuatu
yang baru atau di luar lingkungan agama Islam. Mereka
sebenarnya rasa terharu dengan perpecahan umat yang berlaku
ketika itu dan merindukan suasana kehidupan yang murni seperti
di zaman Rasulullah saw.
Maka pada kebelakangan era pemerintahan Bani Umaiyyah,
para zuhud tampil kehadapan terutama di Basrah dan Kufah.
Disanalah Hassan Al-Basri dikenali sebagai penggerak Sufi yang
terulung. Masa pemerintahan Abasiyyah pula bangkitlah
golongan-golongan Sufi yang menggerakkan konsep-konsep
kerohanian. Pada zaman inilah sempadan Sufi mula melebar dari
perlakuan zuhud ke peringkat ma’rifat ke lebih dalam. Ahli
sejarah menetapkan Sheikh Ma’ruf Al-Karkhi sebagai ulama Sufi
yang mengemukan aliran ini. Konsep Sufi ini diteruskan oleh
mereka seperti Abu Sulaiman Ad-Darani dan Zunnun Al-Masri
dan yang lainnya.
Kemunculan Imam Al-Ghazali pula menguatkan dan
mendokong usaha pemikir-pemikir Sufi. Beliau bertang-
gungjawab menerapkan ilmu Tasauf dalam pemikiran dasar ilmu
Tafsir dan seterusnya menguatkan pengamalannya dalam Tariqah.
Tren yang berdasar luas dalam pergerakkan Tariqah di masa
pemerintahan Bani Abassiyah telah menarik ramai pengikut
yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Kemudian
perkembangan Tariqah begitu cepat sekali. Di masa Al-Ghazali,
Tariqah mencapai ekspresi yang lebih sistematik sebagai alat
penyampaian Sufi. Dua faktor bertanggungjawab mempelopori
fenomena itu adalah Sheikh Tariqah dan para pengikutnya
sehinggalah Tariqah itu tersebar luas dan diamalkan di setiap
pelusuk bumi sehingga ke hari ini.
TUJUAN DAN POKOK TARIQAH
Tariqah sebagai organisasi para salik dan sufi, pada dasarnya
memiliki tujuan yang satu, iaitu Taqarrub (mendekatkan diri)
kepada Allah swt. Akan tetapi sebagai organisasi, para salik yang
kebanyakan diikuti masyarakat awam merupakan para
Mubtadi’in, maka dalam tariqah terdapat tujuan-tujuan yang lain
yang diharapkan dapat mendukung tercapainya tujuan pertama
dan utama tersebut. Sehingga secara garis besar, dalam Tariqah
terdapat tiga tujuan yang masing-masing melahirkan tatacara dan
jenis-jenis amalan kesufian. Ketiga tujuan pokok tersebut adalah:

1. Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa)
Ia merupakan satu proses penyucian jiwa yang akan
menghasilkan ketenteraman, ketenangan dan rasa dekat
dengan Allah swt dengan menyucikan hati dari segala
kekotoran dan penyakit hati atau penyakit jiwa. Tujuan ini
merupakan syarat yang harus dipenuhi oleh seorang salik atau
ahli tariqah. Bahkan dalam tradisi tariqah, Tazkiyatun Nafs
ini dianggap sebagai tujuan pokok. Dengan bersihnya jiwa
dari berbagai macam penyakit, akan secara langsung
menjadikan seseorang dekat kepada Allah swt.
Zikrullah (Mengingati Dan Menyebut Allah)
Adapun jalan atau cara menjalani proses Tazkiyatun Nafs
ini adalah dengan Zikrullah (mengingat Allah). Zikrullah
merupakan amalan khas yang mesti ada dalam setiap Tariqah.
Yang dimaksudkan dengan Zikir dalam sesuatu tariqah
adalah mengingati Allah swt dan menyebut nama Allah swt,
baik secara Jahar (lisan) atau secara Sirr (rahsia). Di dalam
Tariqah, zikrullah diyakini sebagai cara yang paling efektif
untuk membersihkan jiwa dari segala macam kekotoran dan
penyakit-penyakitnya sehingga hampir semua tariqah
menggunakan cara ini.
Selain zikrullah, Tazkiyatun Nafs ini juga diperolehi dengan:
О Mengamalkan Syariat
О Melaksanakan amalan-amalan sunnah
О Berperilaku zuhud dan wara’
2. Taqarrub (Mendekatkan Diri Kepada Allah swt)
Taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah swt merupakan
antara tujuan utama para sufi dan ahli tariqah. Ini diupayakan
dengan beberapa cara yang tersendiri. Cara-cara tersebut
dilaksanakan di samping perlaksanaan dan upaya mengingat
Allah (zikir) secara terus-menerus, sehingga sampai tidak
sedetik pun seorang salik itu lupa kepada Allah swt. Antara
cara yang biasanya dilakukan oleh para pengikut tariqah
untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan lebih berkesan
ialah :

Tawassul & Wasilah
Tawassul dan Wasilah dalam upaya mendekatkan diri
kepada Allah yang biasa dilakukan di dalam tariqah adalah
suatu cara (wasilah) agar pendekatan diri kepada Allah swt
dapat dilakukan dengan mudah dan ringan. Di antara bentuk-
bentuk Tawassul yang biasa dilakukan adalah meng-
hadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Syeikh yang memiliki
silsilah tariqah yang diikutinya sejak Nabi Muhammad saw
sampai kepada mursyid yang mengajar zikir kepadanya.
Muraqabah (Pengawasan)
Muraqabah ialah duduk bertafakkur atau mengheningkan
perbuatan dengan penuh kesungguhan hati, dengan seolah-
olah berhadapan dengan Allah swt. Meyakinkan diri bahawa
Allah swt senantiasa mengawasi dan memerhatikannya.
Sehingga dengan latihan Muraqabah ini, seorang salik akan
memiliki nilai Ihsan yang baik, dan akan dapat merasakan
kehadiran Allah swt di mana sahaja dan pada setiap masa.
Khalwat & Uzlah (Mengasingkan Diri)
Khalwat atau uzlah adalah mengasingkan diri dari hiruk
pikuk urusan duniawi. Sebahagian tariqah tidak mengajarkan
Khalwat ini dalam keadaan fizikal, kerana mengikut golongan
ini khalwat cukup dilakukan menerusi kehadiran hati
(Khalwat Qalb). Sedangkan sebahagian tariqah yang lain,
mengajarkan Khalwat atau Uzlah secara fizikal, sebagai
pengajaran untuk membawa penuntutnya dapat melakukan
Khalwat Qalb. Ajaran tentang khalwat ini dilaksanakan
dengan mengambil iktibar dari amalan Rasulullah saw pada
menjelang masa pengangkatan kenabiannya. Dalam
perlaksanaan Khalwat ini diisi dengan berbagai Mujahadah
demi mendekatkan diri kepada Allah swt. Dalam tradisi
sebahagian tariqah di rantau Nusantara ini, Khalwat ini lebih
dikenali dengan Suluk.
3. Tujuan-Tujuan Lain
Tariqah sebagai kumpulan yang menghimpunkan para calon
sufi atau Salik, yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat
awam dan kedudukan mereka itu berperingkat Mubtadi’in
(permulaan), maka dalam tariqah terdapat amalan-amalan
yang menyesuaikan kepada keadaan masyarakat awam.
Amalan-amalan tersebut bertujuan mengharapkan sesuatu
imbalan ataupun pertolongan dalam melaksanakan tujuan
pengamalan tersebut. Kadang kalanya amalan-amalan inilah
yang biasanya memenuhi masa ruang para Salik. Di antara
amalan-amalan tersebut ialah :

Wirid
Wirid adalah suatu amalan yang harus dilaksanakan secara
istiqamah (berterusan), pada waktu-waktu yang khusus
seperti setiap selesai mengerjakan sembahyang atau pada
waktu-waktu tertentu yang lain. Wirid ini biasanya berupa
potongan-potongan ayat, selawat atau pun nama-nama Allah.
Perbezaannya dengan zikir adalah kalau zikir itu
diijazahkan oleh seorang Mursyid dalam proses Bai’ah atau
Talqin atau Hirqah. Sedangkan wirid tidak semestinya harus
diijazahkan oleh seorang Mursyid dan tidak diberikan dalam
suatu proses perjanjian (bai’ah). Sedangkan dari sudut tujuan
juga memiliki perbezaan antara keduanya. Zikir hanya
dilakukan satu-satunya untuk mendekatkan diri kepada Allah
swt, sedangkan wirid biasa dikerjakan untuk kepentingan-
kepentingan tertentu yang lain, umpama memohon
keberkahan rezeki, pertolongan dan sebagainya.
Ratib
Ratib adalah amalan yang harus diwiridkan oleh para
pengamalnya. Tetapi Ratib ini merupakan kumpulan dari
beberapa potongan ayat atau surah-surah pendek yang
digabungkan dengan bacaan-bacaan lain seperti Istighfar,
Tasbih, Selawat, Asmaul Husna, Kalimah Thayyibah dalam
suatu jumlah yang telah ditentukan dalam pengamalan yang
khusus.
Ratib ini biasanya disusun oleh seorang mursyid besar
dan diberikan secara ijazah kepada para muridnya. Ratib ini
juga biasa diamalkan oleh seorang dengan tujuan untuk
meningkatkan kekuatan rohani dan merupakan wasilah
(perantaraan) dalam doa untuk kepentingan hajat-hajat yang
khusus.
Hizib
Hizib pula adalah suatu doa yang panjang, dengan
susunan perkataan dan bahasa yang indah disusun oleh
seorang sufi besar. Hizib ini biasanya merupakan doa
pelindung bagi seorang sufi yang juga diberikan kepada
muridnya secara ijazah. Hizib diyakini oleh kebanyakan
masyarakat Islam sebagai amalan yang dimiliki daya yang
sangat besar terutama jika diperhadapkan dengan ilmu-ilmu
ghaib dan kesaktian.

MANAQIB
Manaqib sebenarnya adalah biografi seorang sufi besar
atau wali Allah seperti As-Syeikh Abdul Qadir Jailani dan
Syeikh Bahauddin An-Naqsyabandi. Diyakini oleh para
pengamal tariqah sebagai mempunyai suatu kekuatan rohani
dan barakah. Bacaan manaqib ini seringkali dijadikan sebagai
amalan, terutama untuk mengingati sejarah dan perjuangan
para waliyullah dan untuk tujuan terkabulnya segala hajat-
hajat yang baik dan khusus.
Secara rumusan, pokok dari semua Tariqah itu ada lima :
Pertama – Mempelajari ilmu pengetahuan yang bersangkut
paut dengan perlaksanaan segala perintah-perintah syara’.
Kedua – Mendampingi guru-guru dan teman setariqah untuk
melihat bagaimana cara melakukan sesuatu ibadah.
Ketiga – Meninggalkan segala Rukhsah dan Ta’wil untuk
menjaga dan memelihara kesempurnaan amal.
Keempat – Menjaga dan mempergunakan waktu serta
mengisikannya dengan segala wirid dan doa guna kekhusyukan
dan kehadiran jiwa.
Kelima – Mengekang diri, jangan sampai keluar melakukan
hawa nafsu dan supaya diri itu terjaga daripada kesalahan.

INTISARI DALAM TARIQAH
1. Guru atau Mursyid
Syeikh atau guru mempunyai kedudukan yang penting dalam
Tariqah. Ia juga sering dikenali dengan panggilan Mursyid (yang
memberi petunjuk). Seorang guru tidak sahaja merupakan seorang
pemimpin yang mengawasi murid-muridnya dalam kehidupan
zahir dan pergaulan sehari-hari, agar tidak menyimpang daripada
ajaran-ajaran Islam dan terjerumus kepada perbuatan maksiat,
berbuat dosa besar atau kecil, yang segera harus ditegurinya.
Akan tetapi peranannya juga lebih dari itu, adalah sebagai
pemimpin kerohanian yang tinggi sekali kedudukannya dalam
Tariqah. Ia merupakan perantaraan dalam ibadah antara murid
dan Tuhannya. Ini dikaitkan dengan peranan Rasulullah saw
didalam membimbing para sahabat menuju kepada penghambaan
kepada Allah.
Seorang syeikh dalam Tariqah membimbing muridnya dengan
memberikan pengajaran zikrullah melalui proses Bai’ah (perjanjian).
Dan kedudukan syeikh itu haruslah bersilsilah dengan para gurunya
pula di mana dia memperolehi ajaran Tariqah tersebut.
Oleh kerana itu jabatan ini tidaklah dapat dipangku oleh or-
ang sembarangan walaupun ia mempunyai pengetahuan yang
lengkap tentang Tariqah. Di samping menerima ijazah dari guru
sebelumnya sebagai penerus pemimpin tariqah, seorang syeikh itu
haruslah mempunyai kebersihan rohani dan kehidupan bathin
yang murni. Berbagai-bagai jolokan nama yang tinggi diberikan
kepadanya menurut kedudukannya. Antaranya:
a. Mursyid : Orang yang memberikan petunjuk (Irsyad)Sheikh Nama yang sering dikaitkan sebagai guru, ketua atau pemimpin
b. Murabbi : Orang yang mengajarkan ilmu pendidikan (tarbiah) Maulana Gelaran ‘tuan’ guru yang sudah mencapai darjat tinggi
c. Mua’allim : Guru yang memberikan ilmu Mudarris Pengajar atau pengurus satu pengajian
d. Muaddib : Guru yang mengajar adab atau tatasusila.Manusia dipanggil ‘adib’ dalam hubungan dengan Khaliq (Penciptanya)
e. Ustaz : Gelaran biasa bagi seorang guru. Ia lazim sekali digunakan dalam rantau sebelah sini, terutama di Singapura, Malaysia dan Brunei. Tetapi di Indone-
sia sering ustaz itu dipanggil kiyai.
f. Nussak : Orang yang mengerjakan segala amal dan perintah agama
g. Ubbad : Orang yang ahli dan ikhlas mengerjakan segala ibadah
h. Imam : Pemimpin bukan sahaja dalam soal ibadah, bahkan juga dalam sesuatu aliran keyakinan
i. Sadah : Bererti Penghulu. Gelaran ini juga kadangkala diberikan kepada seorang guru sebagai penghormatan atau orang yang dihormati dandiberi kuasa yang penuh.

2. Murid atau Salik
Pengikut sesuatu tariqah itu dinamakan murid, iaitu orang
yang menghendaki pengetahuan dalam segala amal ibadahnya.
Murid itu terdiri dari lelaki dan perempuan, tua mahupun muda.
Dalam tariqah, seorang murid itu tidak hanya berkewajipan
mempelajari segala sesuatu yang diajarkan atau melakukan segala
sesuatu yang dilatihkan guru kepadanya yang merupakan pokok
asal dari ajaran-ajaran sesuatu Tariqah. Bahkan ia harus patuh
dan beradab kepada syeikhnya, dirinya sendiri mahupun terhadap
saudara-saudaranya setariqah serta orang Islam yang lain. Segala
sesuatu yang bertalian dengan itu, diperhatikan dengan sungguh-
sungguh oleh Mursyid sesuatu tariqah, kerana kepada
keperibadian murid-muridnya itulah bergantung yang terutama
berhasil atau tidak perjalanan suluk tariqah yang ditempuhnya.
Pelajaran-pelajaran kesufian dan latihan-latihan tariqah itu akan
kurang faedahnya, jika ianya tidak meninggalkan perubahan budi
pekerti dan peningkatan amaliah murid-murid itu.

3. Talqin dan Bai’ah
Talqin dalam istilah Tasawuf adalah pengajaran dan
peringatan yang diberikan oleh seorang Mursyid kepada muridnya
yang hendak mempelajari beramal mengikut perjalanan
tariqahnya. Manakala Bai’ah pula bererti perjanjian (‘ahad)
kesanggupan kesetiaan seorang murid di hadapan gurunya untuk
mengamal dan mengerjakan segala amalan dan kebajikan yang
diperintahkan oleh gurunya.
Talqin dan bai’ah dalam perlaksanaan adalah sesuatu yang
asas dan menjadi pokok pengamalan dalam tariqah. Seorang
murid sebelum mengamal, terlebih dahulu harus mendapatkan
Bai’ah dan berjanji dengan gurunya dengan penuh kesetiaan.
Dengan menjalani proses perjanjian ini, ia akan dapat
memberi kesan yang mendalam kepada orang yang menerima
pengajaran itu dan dapat menguatkan tali ikatan perguruan dan
persaudaraan kukuh yang tidak akan putus antara seorang murid
dan gurunya juga meninggalkan pengertian yang sangat mendalam
dan cara-cara serta adab yang akan ditinggalkan dalam ingatan
kedua belah pihak.
Kebiasaannya, seorang Syeikh atau Mursyid akan
memberikan pengajaran Zikrullah kepada muridnya sebagai
amalan pokok dalam tariqah. Zikrullah yang diajarkan berupa
kalimah Tauhid ‘La Ilaha Illallah’ diajarkan kepada murid dengan
cara pengamalan yang khusus, terutama melafazkan kalimah ini
dengan lafaz yang bersuara dan juga di dalam hati.
Inilah cara yang pernah dipelajari dan diambil oleh Sayidina
Abu Bakar As Siddiq ra dan Sayidina Ali Bin Abi Thalib ra
daripada Rasulullah saw sehingga melaksanakan zikir dengan
kalimah ini dapat meresap teguh sampai ke dalam hati. Terdapat
banyak hadis yang menerangkan peristiwa Nabi Muhammad saw
mengambil ‘ahad (perjanjian) pada waktu membai’atkan para
sahabatnya, secara perseorangan dan berjamaah.
Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tabrani dari Syaddad Bin Aus
bahawa Rasulullah saw pernah mentalkin sahabat-sahabat beliau
secara berjamaah dan perseorangan. Pada suatu hari ketika kami berada
dekat Nabi saw dan beliau bersabda, “Adakah di antara kamu orang
asing?” (yakni Ahli kitab). Maka saya menjawab: ‘Tidak ada’. Lalu
Rasulullah saw berkata, “Angkatlah tanganmu dan ucapkanlah La
Ilaha Illallah”. Lantas beliau menyambung, “Segala puji bagi Allah
wahai Tuhanku, Engkau telah mengutus aku dengan kalimah ini dan
Engkau menjadikan dengan ucapannya kurnia syurga kepadaku dan
bahawa Engkau tidak sekali-kali memungkiri janji”. Kemudian beliau
bertanya: “Ketahuilah, gembiralah. Sesungguhnya Allah swt telah
mengampuni kamu sekelian.”
Terdapat juga sesetengah kumpulan tariqah yang menjalankan
proses perjanjian dan talqin dengan cara yang berlainan iaitu
dengan Wasiat, Ijazah dan Khirqah.
Ijazah dan Wasiatmerupakan kekuasaan seorang guru dalam
bentuk surat keterangan yang memberi kekuasaan kepada seorang
murid untuk mengamalkan sesuatu atau selanjutnya mengajarkan
pengamalan tariqah itu kepada orang lain.
Manakala Khirqah pula berupa sepotong kain atau pakaian
yang pada kebiasaannya dari bekas pakaian seorang guru yang
diberikan kepada murid atau memakainya sebagai mengikat ikatan
perguruan dalam pengamalan tariqah. Ini akan menghasilkan
keberkahan dan dianggap suci dan menjadi kenang-kenangan bagi
seorang murid.

4. Silsilah
Silsilah bagi seorang Syeikh atau Mursyid merupakan sesuatu
yang penting untuk mengajar dan memimpin sesuatu tariqah.
Mereka yang menggabung diri kepada sesuatu tariqah, hendaklah
mengetahui benar-benar nisbah atau hubungan guru-gurunya yang
sambung-menyambung antara satu sama lain sampai kepada Nabi
Muhammad saw. Ini dianggap perlu dan sesuatu yang darurat
kerana ia memberikan petunjuk kepada seorang murid. Bantuan
kerohanian yang diambil guru-gurunya itu harus benar, dan jika
tidak berhubungan sampai kepada Nabi Muhammad saw, maka
bantuan itu dianggap terputus dan tidak merupakan warisan
daripada Nabi saw. Seorang murid dalam tariqah hanya membuat
perjanjian dengan gurunya dan tidak menerima Bai’ah, Talqin,
Ijazah, Wasiat atau Khirqah tanda kesanggupan dan kesetiaan,
kecuali kepada Mursyid yang mempunyai silsilah yang baik dan
benar.
Silsilah itu merupakan hubungan nama-nama yang panjang
yang satu bertalian dengan yang lain, dari kedudukan Mursyid
hingga kepada Rasulullah saw. Barangsiapa yang tidak ada
hubungan dengan Nabi sawia dianggap terputus limpahan cahaya
dan tidak menjadi waris Rasulullah saw. Orang yang demikian
tidak dibolehkan mengambil Bai’ah daripadanya dan ia tidak boleh
memberi atau diberi Ijazah. Barangsiapa yang mengamalkan
tariqah tetapi tidak mengenal nenek moyangnya (silsilah) dari
para Masyaikh, ia ditolak dan tidak diakui.
Setiap orang yang tidak mempunyai syeikh (Mursyid) yang
memberi bimbingan kepada jalan keluar dari sifat sifat tercela,
maka dia dianggap maksiat kepada Allah dan RasulNya kerana
dia tidak dapat petunjuk mengenai jalan mengubatinya.
Walaupun ia mengamalkan segala perkara yang bersifat aktif
ataupun menghafal seribu buku tidaklah bermanfaat dengan tidak
berguru atau mempunyai Syeikh.

TARIQAH-TARIQAH YANG MU’TABARAH (YANGDIAKUI KEBENARANNYA)

Tariqah sebagaimana telah diakui dalam Ilmu Tasawuf sebagai
jalan yang memberi petunjuk dan membawa seseorang itu kepada
Tuhannya dengan pengabdian sebenarnya. Justru demikian, jalan
untuk menyampaikan kepada maksud dan tujuan itu terbentang
luas dan banyak sekali. Kepelbagaian tariqah yang wujud dan
bermacam jenis, warna dan caranya tetap kembali yang matlamat
yang satu iaitu Taqarrub kepada Allah swt dan akhirnya mancapai
Makrifatullah.
Tariqah-tariqah sejak awal kewujudannya telah berkembang
pesat dan diamalkan sehingga ke hari ini. Bilangannya banyak
sekali. Ada tariqah-tariqah yang merupakan tariqah asas yang
dibentuk oleh ahli-ahli Tasawuf, dan ada juga tariqah-tariqah yang
merupakan perpecahan daripada tariqah asas, telah dipengaruhi
oleh pendapat para masyaikh tariqah asas, telah dipengaruhi oleh
pendapat para masyaikh tariqah yang mengamalkannya di
belakangnya atau oleh keadaan setempat, keadaan bangsa yang
menganut tariqah-tariqah itu. Banyak diantara perpecahan tariqah-
tariqah itu disusun atau diberi istilah-istilah yang sesuai dengan
tempat perkembangannya.
Dr Syeikh H.Jalaluddin, seorang pakar ilmu Tasawuf dan
seorang ahli tariqah,telah banyak menulis tentang perkembangan
tariqah-tariqah, antara lain tariqah-tariqah yang telah diakui
kesahihannya. Beliau menerangkan tariqah-tariqah tersebut ialah:-
1 Tariqah Qadiriyah
2 Tariqah Naqsyabandiyyah
3 Tariqah Syaziliyyah
4 Tariqah Ahmadiyyah
5 Tariqah Rifaiyyah
6 Tariqah Dasukiyyah
7 Tariqah Akbariyyah
8 Tariqah Maulawiyyah
9 Tariqah Qurabiyyah
10 Tariqah Suhrawardiyyah
11 Tariqah Khalwatiyyah
12 Tariqah Jalutiyyah
13 Tariqah Bakdasiyyah
14 Tariqah Ghazaliyyah
15 Tariqah Rumiyyah
16 Tariqah Jastiyyah
17 Tariqah Sya’baniyyah
18 Tariqah Kaisaniyya
19 Tariqah Hamzawiyyah
20 Tariqah Sya’baniyya
21 Tariqah ‘Alawiyyah
22 Tariqah ‘Usyaqiyyah
23 Tariqah ‘Umariyyah
24 Tariqah ‘Uthmaniyyah
25 Tariqah ‘Aliyyah
26 Tariqah Bakriyyah
27 Tariqah ‘Abbasiyyah
28 Tariqah Haddadiyyah
29 Tariqah Maghribiyyah
30 Tariqah Ghaibiyyah
31 Tariqah Hadiriyyah
32 Tariqah Syattariyyah
33 Tariqah Bayumiyyah
34 Tariqah ‘Aidrusiyyah
35 Tariqah Sanbliyyah
36 Tariqah Malawiyyah
37 Tariqah Anfasiyyah
38 Tariqah Sammaniyyah
39 Tariqah Sanusiyyah
40 Tariqah Idrisiyyah
41 Tariqah Badawiyyah
42 Tariqah Tijaniyyah
Sebagai contoh, kami bawakan diantara sejarah dan
perkembangan ringkas beberapa tariqah yang tercatit di atas
berupa tariqah yang masih diamalkan sehingga ke hari ini dan
termasyhur di rantau nusantara ini.
Tariqah Syaziliyyah
Nama pendiri tariqah ini ialah Abul Hassan Ali As-Syadzili dalam sejarah keturunannya dihubungkan dengan keturunan
Sayidina Hassan putera Sayidina Ali Bin Abi Thalib ra. Lahir di
Amman, salah sebuah desa kecil di Afrika, berdekatan desa
Mansiyyah, dimana hidup seorang wali Sufi besar, As-Syeikh
Abul Abbas Al-Mursi, seorang yang namanya tidak asing dalam
dunia Tasawuf. Kedua-dua desa itu terletak di daerah Maghribi.
As-syadili lahir pada tahun 573H. Beliau terkenal sebagai
seorang yang memiliki perwatakan yang baik, wajah yang
menunjukkan keimanan dan keikhlasan. Warna kulitnya sedang
serta badannya agak panjang dengan bentuk wajahnya yang agak
memanjang. Menurut Ibnu Sibagh, bentuk badannya itu
menunjukkan bentuk seorang yang penuh dengan rahsia-rahsia
hidup. Menurut Abdul ‘Aza’im pula, As-Syadzili adalah seorang
yang ringan lidahnya, baik segala ucapannya sehingga segala
ucapan yang keluar dari mulutnya mengandungi hikmah dan
pengertian yang besar dan mendalam.
Tariqah Syaziliyyah dibentuk dengan menisbah kepada nama
pengasasnya. Ia merupakan tariqah yang silsilahnya sambung-
menyambung sampai kepada Hassan Bin Ali Bin Abi Thalib ra
dan terus sampai kepada Rasulullah saw. Salah sebuah tariqah
yang dikatakan termudah mengenal ilmu dan amal, mengenal
ahwal dan maqam, ilham dan maqal dengan mudah dapat
membawa pengikut-pengikutnya kepada jazab, mujahadah,
hidayah, rahsia dan karamah.
Menurut kitab -kitabnya, Tariqah Syaziliyyah tidak
meletakkan syarat-syarat yang berat kepada Syeikh tariqah, kecuali
mereka harus meninggalkan segala perbuatan maksiat,
memelihara segala ibadah-ibadah sunnah semampunya, zikir
kepada tuhan sebanyak mungkin, sekurang-kurangnya seribu kali
sehari semalam, istighfar sebanyak seratus kali sehari semalam,
serta beberapa zikir yang lain. kitab Syaziliyyah meringkaskan
sebanyak dua puluh adab, lima sebelum memulakan zikir. Dua
belas dalam mengucapkan zikir dan tiga sesudah selesai berzikir.

Tariqah Qadiriyyah
Tariqah ini didirikan oleh seorang wali sufi yang agung, As-
Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani. Beliau seorang yang alim dan
zahid, diberi gelaran Qutbul Aqtab. Seorang ahli fiqeh Mazhab
Hambali yang terkenal, kemudian beralih kecenderungannya
kepada ilmu tariqah dan menyelami alam kesufian. Sejarah
tentang kehidupan As-Syeikh dengan segala macam karamahnya
banyak tercatit dalam kitab kitab Manaqib As-Syeikh Abdul
Qadir Al-Jailani.
Ibnu Batutah menceritakan bahawa dalam zamannya sudah
mulai dipergunakan orang tempat melakukan latihan-latihan suluk,
dan latihan-latihan yang dilakukan di Baghdad itu menurut ajaran-
ajaran As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani. Sehingga dengan
demikian, ajarannya itu lama kelamaan merupakan satu mazhab
Sufi dan setiap murid yang telah menamatkan ajarannya sudah
beroleh ijazah khirqah dan berjanji akan meneruskan dan
menyiarkan ajarannya itu. Demikianlah diceritakan As-
Suhrawardi dalam kitabnya ‘Awariful Ma’arif’ yang tertulis pada
hujung kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Al-Ghazzali.
Tariqah mula berkembang pada awalnya di tanah Arab. Ali
Bin Al-Haddad semasa waktu hidup As-Syeikh telah mula
menyebarkan tariqah ini di Yaman. Muhammad Batha’ berasal
dari Balbek, pula menyebarkan tariqah ini di Syria. Begitu juga
Muhammad Al-Yunani terkenal sebagai seorang penyair Tariqah
Qadiriyyah di Balbek dan juga Muhammad bin Abdus Samad
yang mewakli As-Syeikh Abdul Qadir sendiri untuk
mengembangkan tariqahnya di Mesir.
Demikianlah seterusnya ajaran Tariqah Qadiriyyah
disebarkan luas ke negara-negara lain. Ke Makkah, Turki, tersiar
juga ke Afrika Tengah, ke Asia sehingga membawa ke rantau
nusantara kita ini.
Tariqah Qadiriyyah mempunyai zikir-zikir, wirid dan hizib-
hizib yang tertentu. Wirid-wirid Tariqah Qadiriyyah termuat
dalam kitab ‘Al-Fuyudat Ar-Rabbaniyyah’ karangan Abdullah Bin
Muhammad Al-Ajami, juga seorang sufi yang alim yang telah
mencapai umur 183 tahun (527–721 H)
Pokok dasar Tariqah Qadiriyyah sama banyaknya dengan
Tariqah Syaziliyyah iaitu terdiri dari lima asas yang penting. Asas
Tariqah Syaziliyyah itu terdiri dari lima perkara:-
О Taqwa kepada Tuhan zahir dan bathin
О Mengikut sunnah dalam perkataan dan perbuatan
О Menjauhkan diri dari makhluk di depan dan di belakang.
О Rela terhadap Tuhan dalam pemberiannya yang sedikit
atau banyak
О Kembali kepada Tuhan dalam waktu susah dan senang
Manakala asas pengajaran Tariqah Qadiriyyah pula ada lima
perkara;
О Tinggi cita-cita
О Memelihara kehormatan
О Memelihara hikmah
О Melaksanakan maksud
О Mengagungkan nikmat dan keseluruhan ini semua
ditujukan hanya kepada Allah swt semata-mata
Barangsiapa yang cita-citanya tinggi, maka tinggilah
martabatnya. Barangsiapa yang memelihara kehormatan Allah,
maka Allah akan memelihara kehormatannya. Barangsiapa yang
memperbaiki khidmat, maka ianya wajib memperolehi rahmat.
Barangsiapa berusaha mencapai tujuan dan cita-citanya, maka
ianya akan selalu memperolehi hidayat. Barangsiapa yang
membesarkan nikmat Allah bererti bersyukur kepadaNya.
Barangsiapa bersyukur kepada Allah, akan memperolehi
tambahan nikmat yang dijanjikan Allah swt.

Tariqah Rifa’iyyah
Pengasas Tariqah Rifaiyyah adalah seorang sufi yang bernama
Rifa’I, pendiri tariqah ini. Tidak banyak lembaran sejarah yang
menulis tentang riwayat hidp As-Syeikh ini. Begitu juga Ibnu
Khalikan tidak banyak menulis tentang sejarah hidupnya. Lebih
banyak diutarakan beberapa catatan mengenai hidupnya dalam kitab tarikh Islam karangan Az-Zahabi, dalam Kitab Tanwirul
Absar dan juga Qiladatul Jawahir.
Dari sejarah hidupnya, dapat kita ketahui bahwa tatkala ia
berumur tujuh tahun, ayahnya meninggalkan Baghdad pada tahun
419H. Lalu ia diasuh oleh bapa saudaranya Mansur Al-Bathaihi
yang tinggal di Basrah. Menurut Imam Sya’rani dalam kitabnya
Lawaqihul Anwar, bapa saudaranya itu adalah seorang Syeikh
tariqah yang kemudian dinamakan menurut nama Ahmad
Rifa’iyyah. Ia pernah menuntut juga dari bapa saudaranya yang
lain, Abul Fadhl Ali Al-Wasithi mengenai hukum-hukum Islam
dalam mazhab Syafie. Ia belajar dengan giat dalam segala bidang
ilmu hingga ke umur 27 tahun. Ia mendapat ijazah dari Abul
Fadhl dan Khirqah dari Mansur, yang telah menetap di Umm
Abidah dan kemudian meninggal di sana pada tahun 540H.
Ahmad tidak melepaskan keluarga ini dan banyak bergaul dengan
anak-anak Mansur yang kesemuanya ahli tariqah.
Tariqah Rifaiyyah ini yang pada awal-awalnya bermula di Iraq,
kemudian tersiar luas ke Basrah, sampai ke Damshiq dan Istanbul
di Turki. Cabang-cabangnya yang terdapat di Syria ialah Hariyah,
Sa’diyah dan Sayyadiyah. Cabangnya yang terdapat di Mesir pula
ialah Baziyah, Malikiyah dan Habibiyah. Cabang Sa’diyah di
Syria didirikan oleh Sa’duddin Jibawi (wafat 1335H) yang
bercabang pula, masing-masing didirikan oleh Abdus Salamiyah
dan Abdul Wafaiyah, Hariri cabang di Syria (wafat 1247 H).

KESIMPULAN
Keperibadian manusia telah disemai sebagai sebaik-baik
penciptaan yang Allah swt mengutamakan atas segala penciptaan
yang lain. Kecemerlangan penciptaan yang dinamakan insan ini
memerlukan panduan yang sebaik-baiknya baik mengharungi
buaian gelora dunia. Tujuannya tiada lain melainkan supaya
insan ini akan pulang ke pangkuan Tuhannya dalam keadaan
sebaik-baiknya sepertimana keadaannya ketika dalam mula-mula
kejadian. Dengan motif mencapai kesempurnaan disisi Allah
inilah, ilmu Tasawuf dan jalan Tariqah, para sufi mengutamakan.
Tiada lain melainkan keredhaan Ilahi yang diharapkan, supaya
kepulangannya membawa kepada pengucapan salam dari
Penciptanya.
Dengan ini kami akhiri pembentangan suatu khazanah Islam
yang unggul ini dengan harapan ianya menjadi wasilah bagi
mencerminkan segelintir isi kandungan yang terkandung didalam
ilmu yang besar ini. Semoga ianya menjadi alat bagi
mendatangkan fahaman kepada ajaran Tasawuf dan Tariqah.
Dengannya kami mengharapkan maghfirah dan hasanah dari Sang
Pencipta, yang menjadi tujuan atas segala tujuan.


http://teosufi.multiply.com/journal/item/297